Skim Perubatan MADANI Ringankan Beban Rawatan

Skim Perubatan MADANI adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) di klinik perubatan swasta (GP) berhampiran. Skim ini telah dibentangkan dalam Bajet 2023 bagi mengatasi isu kesesakan dan waktu menunggu pesakit di hospital kerajaan.

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya berkaitan perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di 10 daerah terpilih iaitu Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Secara dasarnya, di bawah skim ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari kalangan B40, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan bebanan kos rawatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Antara rawatan pesakit luar kes-kes akut adalah demam, selsema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain. Manakala, rawatan yang tidak termasuk adalah imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit rutin, rawatan susulan ibu dan anak rutin, perancangan keluarga rutin, perkhidmatan rehabilitasi, permintaan ubat tanpa konsultasi doktor dan permintaan suplemen.

Skim Perubatan MADANI akan tersedia untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023 atas kategori-kategori ditentukan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai klinik dan kelayakan di laman web rasmi ‘Skim Perubatan MADANI’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!