4 Fungsi Tali Pinggang Keledar

Penggunaan tali pinggang keledar amat penting bagi pemandu dan penumpang kenderaan demi menjaga keselamatan diri sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selain itu, terdapat juga fungsi lain yang berguna seperti berikut:

1. Laraskan Tali Pinggang Keledar

Tali pinggang keledar boleh dilaraskan dengan mudah mengikut ketinggian anda bagi mendapatkan kedudukan yang selesa di dalam kenderaan. Adjuster boleh dilaraskan ke atas dan ke bawah mengikut ketinggian individu. Semak buku manual kenderaan anda untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang sekatan sebelum melakukan pelarasan ini.

2. Mengenalpasti Kenderaan Terjejas Banjir

Jika anda merancang untuk membeli kenderaan terpakai maka perlulah memeriksa  sekiranya kenderaan tersebut pernah terjejas dengan banjir atau tidak. Caranya sangat mudah dengan hanya melihat pada keadaan tali pinggang keledar.

Tarik tali pinggang keledar sehingga habis dan lihat sama ada terdapat kesan kulat atau pasir pada bahagian hujung tali pinggang keledar. Sekiranya terdapat kesan sedemikian, ini menunjukkan kenderaan tersebut pernah ditenggelami banjir.

3. Menyelamatkan Nyawa

Tahukah anda bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa di situasi kecemasan? Gunakan buckle pada tali pinggang keledar untuk memecahkan cermin kenderaan dengan selamat sekiranya terlibat dalam kemalangan dan terperangkap di dalam kenderaan. Ia sangat membantu sekiranya anda tidak mempunyai alat kecemasan lain seperti tukul pecah cermin dalam kenderaan anda.

4. Menolak Kereta Rosak

Anda boleh menggunakan tali pinggang keledar untuk menolak kenderaan yang rosak. Caranya sangat mudah, dengan hanya membuka pintu kenderaan dan menarik tali pinggang keledar sehingga habis. Kemudian, tutup pintu kenderaan dan sangkutkan tali pinggang keledar pada leher anda. Gunakan kekuatan badan untuk menolak kenderaan sambil menjaga stereng. Mudah kan? Golongan wanita juga mampu mencuba teknik ini sekiranya kenderaan rosak di tengah jalan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!