Kursus β€˜π˜π˜’π˜―π˜₯𝘴-π˜–π˜―β€™ Zon Pantai Timur

Satu program Kursus β€˜Hands-On’ Zon Pantai Timur telah diadakan pada 17 Mei 2023 hingga 26 Mei 2023 di Padang Kawad PGA Gong Badak, Kuala Terengganu.

Kursus Hand On June 2023 (4)

Program anjuran SPANCO dengan kerjasama Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) ini telah dihadiri oleh seramai 477 orang peserta yang terdiri daripada 211 anggota dari Kontinjen Pahang, 121 anggota dari Kontinjen Kelantan dan 145 orang anggota dari Kontinjen Terengganu.

Kursus Hand On June 2023 (5) (1)

Objektif program kursus ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan kepada pihak PDRM serta pengetahuan praktikal mengenai penggunaan kereta Honda Civic 1.8. Inisiatif ini diambil sebagai langkah untuk meminimumkan kerosakan pada kereta akibat ketidakpatuhan dan menambah baik tahap pemanduan.

Kursus Hand On June 2023 (3)

Di samping itu, penganjuran Kursus Hand On ini turut dibantu oleh urus setia dari pihak PDRM iaitu ASP Fazly, Pegawai Kontinjen Terengganu; ASP Rosli, Pegawai Kontinjen Pahang; Sarjan Azalismail, Penolong Wakil Pegawai Kontinjen Kelantan serta dua orang jurulatih dari setiap kontinjen terlibat.

Kursus Hand On June 2023 (6)

Program yang berlangsung selama sepuluh hari ini turut dibantu oleh beberapa orang dari pihak pengurusan dan staf SPANCO bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai β€˜ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda β€˜Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

β€˜Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!