Cara Mengelakkan Tayar Merekah

Tayar akan menjadi haus dan lusuh selepas digunakan pada jangka masa yang lama, bergantung kepada kekerapan penggunaan, kerana ia merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang bergesel dengan permukaan jalan. Penjagaan komponen utama kenderaan ini amat penting bagi keselamatan pemandu dan penumpang serta mengelakkan masalah kerosakan seperti tayar merekah. Disenaraikan beberapa cara mengelakkan tayar merekah seperti berikut:

1. Periksa Keadaan Tayar

Periksa keadaan tayar kereta sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk memastikan sekiranya terdapat sebarang tanda awal pada dinding sisi tayar atau kereputan pada bahagian tapak.

Semasa melakukan pemeriksaan keadaan tayar ini, anda juga digalakkan untuk melihat sama ada terdapat retakan, perubahan warna, benjolan atau tanda lain pada permukaan tayar. Sekiranya terdapat salah satu daripada tanda tersebut, anda digalakkan untuk menukar tayar bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

2. Elakkan Penggunaan Produk Pencuci Berbahaya

Penggunaan pelindung tayar boleh meningkatkan jangka hayat tayar. Namun begitu, menggunakannya secara berlebihan terutamanya produk yang mengandungi bahan kimia bahaya boleh menyebabkan kerosakan pada permukaan tayar.

Misalnya, penggunaan pelindung tayar berasaskan petroleum boleh mengganggu pengoksidaan dan agen luluhawa (lilin pelindung) yang terdapat dalam sebatian getah tayar. Ini boleh mengakibatkan tayar kenderaan mudah kering, retak dan reput. Oleh itu, pilihlah produk yang selamat untuk digunakan pada tayar kenderaan. Sebaiknya, pilihlah jenis pelindung berasaskan air atau minyak yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

3. Pastikan Tekanan Udara Tayar Yang Optimum

Salah satu punca utama tayar kenderaan mengalami masalah keretakan atau reput adalah disebabkan memandu dengan tayar yang kekurangan tekanan udara, yang juga boleh mengakibatkan masalah ‘wear and tear’ yang lebih cepat.

Tayar yang kekurangan tekanan udara mengakibatkan tekanan pada getah tayar dan menghasilkan haba yang berlebihan. Ini boleh mengakibatkan keretakan teruk dan juga letupan. Udara juga boleh keluar melalui celah-celah tayar yang kurang kembung, menjadikannya sukar untuk mengekalkan tekanan inflasi. Oleh itu, pastikan anda periksa keadaan tekanan udara tayar kenderaan anda sebelum memulakan pemanduan.

4. Tukar Tayar

Tayar kenderaan mempunyai jangka hayat tersendiri. Kualiti tayar akan mula merosot seiring dengan jangka masa dan kekerapan penggunaan. Selain itu, pendedahan pada cahaya matahari, hujan, panas, dan sinaran ultraungu juga akan menjejaskan struktur kualiti tayar di mana tayar menjadi mudah merekah, bengkak, haus dan sebagainya. Oleh itu, jika anda mendapati terdapat rekahan pada bunga tayar dan dinding tayar, segera gantikan tayar kereta anda di pusat servis berdekatan untuk pemanduan yang lebih selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!