4 Fungsi Dan Tetapan Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi kenderaan adalah komponen utama yang membantu pemandu melihat objek yang berada di bahagian belakang dan sisi kenderaan dengan menghasilkan imej pada permukaan cermin. Namun terdapat juga beberapa fungsi lain yang sangat berguna kepada pemandu seperti berikut:

1. Mengurangkan Visual Titik Buta

Cara menetapkan kedudukan cermin sisi bagi mengurangkan visual titik buta adalah sangat mudah untuk dilakukan. Selaraskan cermin sisi kanan iaitu bahagian pemandu sehingga anda nampak pemegang pintu hadapan pada sudut penjuru kiri di bawah.

Manakala pada cermin sisi bahagian kiri pula, anda perlu melaraskannya hingga nampak pemegang pintu hadapan di penjuru bawah bahagian kanan. Cara ini dapat meluaskan skop penglihatan pemandu pada sudut tersebut.

2. Jarak Selamat Menukar Lorong

Tahukah anda menerusi cermin sisi juga anda boleh menganggarkan jarak antara kenderaan sebelum memotong atau menukar lorong? Anda hanya perlu bandingkan imej pada cermin sisi di dua bahagian. Sekiranya, kenderaan di belakang kereta anda berada di kedudukkan kiri bermakna anda selamat untuk menukar lorong kerana jaraknya dengan kereta anda masih jauh.

Manakala, jika kenderaan belakang anda berada di bahagian kanan cermin sisi bermakna kereta di belakang sudah terlalu rapat dengan kereta anda dan jangan menukar lorong kerana boleh berlaku perlanggaran.

3. Jarak Parking Sisi

Parkir sisi adalah antara jenis parkir yang tidak begitu digemari pemandu. Ini kerana agak sukar untuk menganggarkan jarak antara kenderaan di ruang yang sempit. Namun ia sangat mudah untuk meletakkan kenderaan di kotak parkir sisi dengan melihat cermin sisi secara betul.

Pastikan pintu kenderaan nampak dalam cermin sisi. Selaraskan dengan kedudukan penghadang jalan atau pembahagi ‘divider’. Itulah jarak yang sesuai untuk parkir dengan selamat.

4. Agak Jarak Depan

Ramai pemandu mengalami masalah untuk menganggarkan jarak di antara kenderaan dan ‘divider’ di hadapan hingga adakalanya menyebabkan perlanggaran. Bagi mengelakkan keadaan ini, ketika menggerakkan kereta ke hadapan perhatikan cermin sisi terlebih dahulu. Pastikan bahagian garisan bawahnya selari dengan curb, ‘divider’ atau penghadang. Cara ini dapat menunjukkan jarak kereta dan ‘divider’ pada kondisi yang selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!