Tips Penyenggaraan Enjin Kenderaan

Penyenggaran enjin kenderaan amat penting bagi memastikan ia berfungsi secara optimal dan mengekalkan prestasinya. Kecuaian penjagaan enjin boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan anda. Disenaraikan beberapa tips penyenggaraan enjin bagi memudahkan penjagaan komponen penting kenderaan ini seperti berikut:

1. Periksa Takat Minyak Enjin

Minyak enjin memainkan peranan utama dalam memastikan semua komponen dalaman sistem enjin berfungsi dengan lancar. Selain itu, ia juga membantu meminimumkan kehausan dan kelusuhan komponen enjin serta memastikan semua habuk, kotoran dan mendapan keluar dari bahagian enjin.

Oleh itu,  penukaran minyak enjin secara berkala boleh membantu mengurangkan masalah kerosakan komponen dalaman enjin kenderaan dengan ketara. Pastikan takat minyak enjin selalu diperiksa dan ditambah sekiranya berkurangan.

2. Periksa Keadaan Bateri

Bateri adalah salah satu komponen yang boleh mengakibatkan timbulnya masalah pada enjin kenderaan. Bateri perlu kerap diperiksa bagi memastikan tiada sebarang tompokan asid kering pada terminal terutamanya apabila fungsi sistem elektrik kenderaan semakin merosot.

Selain itu, perhatikan juga pada bentuk bateri kenderaan, sama ada telah mengembang dari saiz asal atau tidak. Ini kerana bateri kenderaan yang telah kembang adalah tanda ianya terdedah kepada suhu panas yang melampau akibat daripada terlebih cas. Anda perlu segera menggantikan kepada bateri baharu supaya tidak menjejaskan mana-mana fungsi sistem kenderaan terutamanya bahagian enjin.

3. Perhatikan Sistem Penyejuk

Pam air, termostat dan radiator adalah sebahagian daripada sistem penyejukan enjin kenderaan. Ianya perlu dijaga dan disenggara dengan betul supaya enjin kenderaan tidak mengalami kerosakan secara kerap.

Pastikan anda periksa takat air dalam radiator dan tambah penyejuk sekiranya berkurangan. Sistem penyejukan perlu berada dalam keadaan yang baik agar dapat mengelakkan masalah enjin panas dan merosakkan komponen dalaman yang lain.

4. Periksa Kebocoran Bendalir

Kebocoran bendalir bukanlah petanda yang baik terutamanya pada enjin kenderaan. Kebocoran bendalir boleh berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem kenderaan seperti sistem penyejuk, transmisi, stereng kuasa atau bahan api. Sentiasa periksa tanda kebocoran bendalir selepas mengalihkan kenderaan daripada tempat parkir.

Sekiranya terdapat tompokan bendalir, anda harus segera memeriksa punca kebocoran atau dapatkan bantuan lanjut di pusat servis berdekatan.

5. Gantikan Penapis Minyak Enjin

Penapis minyak enjin berfungsi untuk membantu mengekalkan aliran minyak enjin yang berterusan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak sambil menapis segala kotoran, bendasing, minyak teroksidasi dan zarah logam. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada sistem enjin kenderaan. Oleh itu, gantikan penapis minyak enjin secara berkala bagi memastikan kebuk pembakaran, pam bahan api dan enjin kenderaan berfungsi dengan bersih untuk prestasi optima.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!