Honda City 1.5L E Product Features Sharing to SPANCO

1 JUN 2023 – SPANCO telah menghadiri program Honda City 1.5L E Product Features Sharing bertempat di Honda Malaysia, Petaling Jaya. Program yang dianjurkan oleh Honda Malaysia ini telah dihadiri oleh 3 Pegawai Seksyen Pengurusan Kenderaan (SPK) dari Kementerian Kewangan (MOF) dan 28 orang staf SPANCO.

spanco 4

Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan ciri-ciri model kereta Honda City 1.5L E. Model kereta ini adalah antara model kereta baharu SPANCO sebagai salah satu konsesi kenderaan kerajaan pada tahun ini.

Di samping itu, para peserta yang hadir turut diberi pendedahan tentang penggunaan ciri-ciri baharu pada model kenderaan ini. Mereka juga berpeluang untuk melihat, menilai serta ‘merasai’ model kereta Honda City 1.5L E bersama staf Honda yang terlibat.

spanco 2

spanco 3

Program ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memastikan staf SPANCO lebih memahami ciri-ciri khas model kenderaan serta mahir dalam mengendalikan model kenderaan berkenaan. Program sebegini dapat membantu staf SPANCO agar lebih mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku pada model kereta ini.

spanco 1

Turut hadir pada program ini Honda City 1.5L E Product Features Sharing ialah IR. Rozian Soom, Jurutera Mekanikal SPK; En Amirulbahri Mastor, Penolong Jurutera Kanan SPK; En Nazarrudin Abu Bakar, Penolong Jurutera Kanan SPK; Pn Rohana Abdullah, Pengurus Jabatan Pengurusan Sistem Pelanggan; En Affendy Abu Kassaim, Pengurus Jabatan Pengurusan Sistem Fleet serta staf-staf SPANCO yang terlibat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!