5 Barang Bahaya Sekiranya Ditinggalkan Dalam Kenderaan

Ramai yang masih tidak sedar tentang barangan yang tidak boleh dibiarkan lama di dalam kenderaan. Elakkan menyimpan barangan seperti berikut di dalam kenderaan anda:

pexels-pixabay-208512

1. Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan dalam bentuk pil atau cecair tidak boleh disimpan lama dalam kenderaan terutamanya pada cuasa panas yang melebihi 25 darjah celsius. Ini kerana suhu panas melampau boleh menyebabkan ubat-ubatan mudah rosak dan merisikokan kesihatan sekiranya dimakan. Selain itu, ubat-ubatan yang terdedah pada suhu panas cenderung untuk hilang keberkesanannya dan boleh menyebabkan reaksi yang berpotensi serius hingga menjejaskan kesihatan.

keiron-crasktellanos-Z_wm10_Fayc-unsplash

2. Tin Aerosal

Tin aerosal seperti penyembur rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan lain-lain merupakan bahan mudah terbakar dan tidak sesuai disimpan lama dalam kenderaan. Jika tin aerosal bocor, ianya boleh meletup dan menjadi punca kenderaan terbakar.

FrEYTt4aQAEEsdV

3. Ubat Gegat

Ubat gegat atau racun serangga yang diletakkan di dalam kenderaan bagi menghalau serangga perosak seperti lipas adalah berbahaya sekiranya  disimpan dalam kenderaan bagi tempoh masa yang lama. Ini kerana sekiranya kenderaan panas, ubat gegat akan cair dan mengeluarkan bau yang busuk.

Pencemaran udara dalam kenderaan akibat ubat gegat boleh menyebabkan pemandu dan penumpang berasa rimas atau lemas serta tidak selesa ketika memandu. Kurangnya fokus pada pemanduan boleh mengakibatkan kemalangan. Selain daripada itu, pencemaran udara juga berisiko membahayakan kesihatan.

pexels-suzy-hazelwood-2479095

4. Botol Air

Tahukah anda, sekiranya kita minum air daripada botol air plastik yang terdedah pada cuaca panas bagi tempoh masa yang lama, ianya boleh meningkatkan risiko penyakit kanser? Botol air yang terdedah pada bahang matahari boleh menjejaskan kesihatan kerana kandungan dalam plastik akan terurai dan menghasilkan bahan kimia. Oleh itu, jangan tinggalkan botol air plastik dalam kenderaan. Sebaiknya, gunakan botol air ‘stainless steel’ bagi menjaga kesihatan anda.

jozsef-hocza-rXgg90zA820-unsplash

5. Pemetik Api

Jangan sesekali meninggalkan pemetik api atau mancis di dalam kenderaan anda. Tidak dinafikan, terdapat segelintir individu yang menyimpan pemetik api di dalam kereta untuk tujuan kemudahan. Akan tetapi, ianya juga mampu mendatangkan bahaya pada diri dan kenderaan anda kerana pemetik api sangat mudah meletup sekiranya berada di dalam kenderaan yang panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!