Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO iaitu K.M.Lim Motor Sdn Bhd di Batu Pahat dan MBL Proauto Sdn Bhd di Muar.

spanco 1

Pelaksanaan program ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kementerian untuk memeriksa keadaan kenderaan konsesi dan memastikan pembaikan dijalankan sebagaimana perlu.

spanco 4

spanco 5

Di samping itu, maklum balas daripada pengguna atau Pegawai Kenderaan juga turut diambil bagi tujuan pemantauan dan panduan untuk penambahbaikan. SPANCO telah memberikan sokongan serta kerjasama di dalam memastikan kelancaran penyelarasan agar pihak kementerian dapat menjalankan proses pemeriksaan kenderaan konsesi tersebut dengan lancar.

spanco 3

Turut hadir pada program lawatan pemeriksaan ini ialah YBhg Dato’ Azman Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif; En. Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin, Ketua Pegawai Operasi; Cik Siti Khatijah Hamzah, Ketua Seksyen Pengurusan Kenderaan (SPK) Bahagian Pengurusan Aset Awam; Pegawai-Pegawai SPK, serta barisan pengurusan SPANCO.

spanco 2

spanco 7

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!