5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan akan menjadi tidak selesa dan juga tidak selamat. Lima jenis bendalir penting dalam kenderaan adalah seperti berikut:

EnjinAug002

1. Minyak Enjin

Minyak enjin digunakan untuk melincirkan pergerakan komponen dalaman enjin kenderaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghalang kehausan pada komponen enjin, mengelakkan hakisan, mengawal suhu dan membersihkan enjin. Kegagalan menyenggara minyak enjin pada waktu yang sepatutnya akan membebankan enjin dan menjejaskan fungsinya.

Antara tanda minyak enjin perlu ditukar atau diperiksa adalah lampu amaran minyak enjin menyala, bau minyak terbakar, bunyi bising, prestasi enjin semakin berkurangan dan enjin terlalu panas. Sekiranya terdapat salah satu tanda ini, anda perlu segera periksa tahap minyak enjin bagi mengelakkan kerosakan lain.

SisBrek03

2. Bendalir Brek

Bendalir brek yang juga dikenali sebagai minyak brek adalah sejenis cecair hidraulik yang digunakan dalam sistem brek dan klac kenderaan. Kegunaan utama bendalir brek adalah untuk memastikan sistem brek kenderaan berfungsi secara optimum. Ia turut digunakan untuk memberi tekanan pada sistem brek agar kenderaan dapat membrek dengan baik pada situasi kecemasan.

Apabila paras bendalir brek kenderaan rendah, anda akan mendapat tekanan yang berkurangan apabila menolak pedal brek. Antara tanda bendalir brek berkurangan adalah lampu amaran brek menyala, paras bendalir rendah atau berubah warna, pedal brek keras dan masa berhenti kereta lebih lama daripada biasa semasa membrek. Pastikan anda melakukan penyenggaraan pada waktu yang ditetapkan supaya komponen keselamatan ini berfungsi secara optimum.

DIPSTICK

3. Bendalir Transmisi

Bendalir transmisi automatik berfungsi untuk melincirkan dan menyejukkan komponen penting transmisi seperti gear, klac dan injap. Memandu kenderaan dengan paras bendalir transmisi yang rendah, boleh menyebabkan transmisi terdedah kepada pergeseran semasa menukar gear, surging dan seizing.

Bendalir yang mengalami masalah boleh dikenali dengan mudah iaitu terdapat bunyi pelik, bau terbakar, kebocoran bendalir transmisi, gear tergelincir dan pecutan kenderaan yang lemah. Anda perlu segera periksa di pusat servis bertauliah bagi bantuan lanjut. Selain itu, pastikan bendalir transmisi berwarna kuning atau merah kerana warna yang lebih gelap daripada itu adalah tanda bendalir perlu ditukar segera.

oil

4. Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa ialah cecair hidraulik yang digunakan dalam sistem stereng yang bertindak melincirkan pergerakan stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap dan pam stereng kuasa berfungsi dengan baik.

Terdapat beberapa jenis warna bendalir penghantaran automatik seperti hijau, kelabu, perang, ungu atau merah yang boleh digunakan bergantung kepada keperluan kenderaan anda. Antara tanda bendalir stereng kuasa perlu diperiksa adalah kesukaran mengawal stereng, kebocoran bendalir berwarna merah atau pink di bahagian bawah kenderaan dan bunyi bising ketika membelok. Awasi tanda-tanda berikut dan bertindak segera jika terdapat sebarang masalah.

service car,Mechanic pouring coolant into new radiator

5. Bendalir Radiator

Radiator adalah antara komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi sebagai penyejuk sistem operasi enjin. Selain itu, bendalir radiator juga mengurangkan karat dan kakisan enjin, mengurangkan tekanan enjin dan menghalang pembekuan. Antara tanda kerosakan bendalir radiator adalah suhu enjin meningkat, penyaman udara tidak berfungsi dan terdapat bau busuk daripada penyaman udara. Periksa takat bendalir brek dan tambah bendalir jika ia berkurangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!