Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum sehingga boleh mengundang risiko keselamatan kerana berlakunya degradasi. Oleh itu, kenali cara betul untuk menukar bendalir brek dengan mudah seperti berikut:

1. Letak Kenderaan Di Permukaan Rata

Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum menukar bendalir brek adalah meletakkan kenderaan anda di atas permukaan yang rata dan tarik brek tangan untuk mengelakkan kereta daripada bergerak.

Sekiranya kenderaan anda baru lepas digunakan, biarkan enjin sejuk dahulu dengan membuka bonet hadapan supaya tidak berlaku kecederaan ketika menukar bendalir brek disebabkan enjin panas.

2. Periksa Tahap Bendalir

Langkah kedua adalah memeriksa tahap bendalir brek. Periksa paras bendalir pada bekas bendalir brek yang berada berhampiran enjin kenderaan. Sekiranya tahap bendalir brek berada pada paras minimum, anda perlu segera mengisi bendalir brek baharu untuk memastikan sistem brek berfungsi dengan lancar.

Manakala jika ia berada di bawah sedikit garisan ‘maksimum’, maka anda tidak perlu menambah bendalir brek baharu. Selain paras bendalir brek, anda juga perlu mengawasi warnanya sama ada warna kuning cerah atau perang. Hal ini kerana warna yang semakin gelap menunjukkan bendalir brek telah menyerap terlalu banyak kelembapan dan perlu diganti segera.

3. Isi Bendalir Brek Baharu

Gunakan corong untuk menuang bendalir brek baharu ke dalam takungan (reservoir) sehingga paras bendalir mencapai betul-betul di bawah garisan ‘maksimum’, atau sekurang-kurangnya ⅔ atau ¾ daripada takungan bendalir brek.

Pastikan anda sentiasa berhati-hati semasa menuang bendalir brek kerana ia sangat kaustik dan boleh menghakiskan bahagian enjin dan membakar kulit anda.

4. Gantikan Penutup Reservoir

Setelah mengisi bendalir brek, letakkan semula penutup reservoir bendalir brek. Skru semula dengan ketat untuk mengelakkan kelembapan dan udara daripada memasuki reservoir. Langkah ini penting bagi menghalang bendalir brek mengalami degradasi.

Selain itu, pastikan anda memeriksa silinder induk untuk memastikan tiada kebocoran. Jika anda melihat bendalir brek bocor, segera ke pusat servis berdekatan untuk bantuan lanjut.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!