5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak rosak atau semakin malap boleh mengganggu penglihatan anda apabila memandu kenderaan pada waktu malam atau hujan. Situasi ini boleh mengundang risiko kemalangan kerana penglihatan terhad. Kenali punca lampu puncak semakin malap supaya anda dapat perbaiki dengan cepat seperti berikut:

1. Mentol Terbakar

Lampu puncak yang semakin malap boleh berpunca daripada mentol mudah terbakar.
Keadaan ini mungkin berpunca daripada pemanduan di laluan tidak rata hingga menyebabkan gegaran dan filamen mentol terputus. Anda perlu sentiasa memeriksa keadaan mentol lampu supaya boleh melakukan penggantian jika ia rosak.

2. Pengoksidaan Kanta Lampu Puncak

Kanta mentol iaitu kepingan plastik yang menutupi mentol kenderaan mungkin menyebabkan keluaran cahaya yang lebih malap. Kanta lampu selalunya diperbuat daripada akrilik, yang akan bertindak balas kepada sinaran UV matahari dengan pendedahan yang berpanjangan. Tindak balas ini menyebabkan kanta menjadi teroksida dan menyebabkan ia cepat berkabus dan menjadu kekuningan.

Hal ini menjadi punca cahaya lampu puncak semakin malap walaupun anda baru melakukan penggantian mentol baharu. Oleh itu, jika anda mengalami masalah lampu malap segera lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis dan gantikan lensa baharu.

3. Kerosakan Alternator

Lampu akan menjadi kurang terang atau malap jika berlaku kerosakan pada alternator. Ini kerana alternator tidak dapat membekal serta mengecas bateri dan menjejaskan kefungsian sistem elektrik kereta termasuk lampu kenderaan.

4. ‘Setting’ Lampu Puncak

Kenderaan moden selalunya mempunyai pilihan pencahayaan yang berbeza, jadi semak tetapan lampu anda jika ia kelihatan malap atau tidak berfungsi. Selain itu, terdapat tetapan lampu depan adaptif dimana ramai pemandu lupa kewujudannya. Sentiasa periksa tetapan anda sebelum memandu kerana mungkin ada penukaran berlaku secara tidak sengaja atau orang lain yang memandu kereta anda mengubah tetapan lampu puncak.

Kadangkala anda mungkin hanya menggunakan lampu kabus dan bukannya lampu ‘headlight’. Periksa dahulu lampu mana yang anda gunakan supaya tidak mengehadkan penglihatan anda pada waktu malam dan ketika hujan.

5. Kerosakan Sistem Elektrikal

Apabila anda menghidupkan suis lampu kenderaan, komponen sistem elektrik tertentu, seperti  pendawaian dan fius, membantu menghantar kuasa ke lampu hadapan kereta. Masalah pendawaian jarang berlaku, tetapi anda masih perlu memeriksanya untuk mengenal pasti masalah. Isu pendawaian boleh mengehadkan output cahaya kenderaan dan menyebabkan cahaya lebih malap atau tidak menyala.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!