Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tempoh maksima sehingga 10 tahun, berbanding pada masa ini yang dihadkan kepada 5 tahun sahaja.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan bahawa inisiatif baharu ini akan bermula pada 8 Mei 2023. Inisiatif ini khusus untuk warganegara Malaysia, dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang mana terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit.

Perkara baik menerusi inisiatif ini adalah, pemegang LMM akan mendapat diskaun sebanyak 10 peratus jika memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun secara sekali gus. Bagi sesiapa yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki semasa tempoh sah laku LMM adalah tidak melebihi satu tahun.

Selain itu, inisiatif kedua adalah kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh. Inisiatif ini khusus kepada rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19. Ini adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang tidak dapat memperbaharui LMM kerana ‘terkandas’ di luar negara.

MOT akan memberi kebenaran khas kepada pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku bagi memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani ujian semula. Kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM individu yang mana tempoh sahnya telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke atas sahaja. Inisiatif ini berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2023 dan peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!