Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam enjin kenderaan. Pengabaian penjagaan komponen ini boleh menyebabkan ia berminyak dan menjejaskan fungsinya. Antara punca palam pencucuh berminyak adalah seperti berikut:

1. Kebocorang Gelang-O

Kebocoran gelang-O (O-ring) atau pengedap tiub palam pencucuh adalah punca utama palam pencucuh berminyak. Pengedap tiub ini berfungsi untuk memastikan palam pencucuh kenderaan sentiasa kering dengan menghalang minyak enjin dan bahan penyejuk daripada memasuki palam pencucuh. Sekiranya gelang-O bocor, ianya gagal berfungsi secara optima dan akan menjadi punca palam pencucuh berminyak.

2. Gasket Penutup Injap Bocor

Gasket penutup injap yang bocor akan menyebabkan aliran minyak di bawah gasket penutup enjin yang boleh mengakibatkan minyak meresap ke dalam palam pencucuh.

Selain itu, gasket penutup yang bocor juga boleh menyebabkan benang palam pencucuh dan gegelung pencucuh atau wayar palam pencucuh mengalami kekotoran minyak.

3. Omboh Retak

Omboh (piston) yang retak boleh menyebabkan kebocoran minyak pada palam pencucuh. Apabila keadaan ini berlaku, ia membenarkan aliran minyak bocor dari kotak engkol ke dalam silinder iaitu tempat omboh yang rosak berada. Hal ini boleh menyebabkan pembakaran minyak yang berlebihan dan menghasilkan bunyi.

4. Kerosakan Gasket Kepala

Gasket kepala berfungsi untuk menghalang minyak dan penyejuk daripada bercampur semasa ia mengalir ke kepala silinder. Kebocoran minyak boleh menyebabkan kerosakan gasket kepala. Ini akan menyebabkan minyak masuk ke dalam kebuk pembakaran dan menitis pada palam pencucuh.

Sekiranya anda mendapati palam pencucuh berminyak, berkemungkinan ia adalah tanda gasket kepala rosak dan memerlukan penggantian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!