5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara kita boleh mencapai suhu panas melebihi 37 darjah Celcius sebelum hujung tahun ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi perhatian kepada penjagaan kenderaan, terutamanya bahagian-bahagian seperti berikut:

1. Radiator

Suhu yang tinggi boleh menyebabkan enjin kenderaan menjadi terlalu panas, terutamanya jika sistem penyejukan tidak berfungsi dengan betul. Pemeriksaan penyejuk dan tahap radiator secara kerap boleh membantu mengelakkan masalah ini.

2. Tayar

Cuaca panas terik boleh menyebabkan jalan raya semakin panas. Geseran permukaan tayar kenderaan di jalan raya terlalu lama ketika cuaca panas terik boleh menyebabkan udara dalam tayar kembang dan meningkatkan tekanan. Hal ini menjadi punca tayar meletup dan boleh merisikokan pemanduan.

3. Minyak Enjin

Ketika cuaca panas, kenderaan anda boleh mengalami masalah enjin panas dengan cepat. Namun disebabkan teknologi kenderaan yang canggih dengan penggunaan minyak enjin dan penyejuk, ianya dapat membantu melincirkan enjin supaya kekal sejuk bagi memastikan pemanduan yang lebih lancar. Pastikan anda lakukan penyenggaraan secara berkala supaya komponen enjin dan radiator berfungsi secara optima.

4. Pengelap Cermin

Tahukah anda, cuaca panas melampau ini boleh menjejaskan pengelap cermin kenderaan? Apabila getah pada bilah pengelap cermin menjadi panas, ia akan menjadi keras dan kering. Ini menjadi punca pengelap cermin tidak berfungsi dengan baik. Pastikan anda menukar pengelap cermin baharu apabila terdapat kesan koyak, kering, lusuh, terbelah atau sebagainya pada bilahnya.

5. Cat Kenderaan

Bukan sekadar kulit manusia perlu dilindungi dengan sinaran ultraungu (UV), malah cat kenderaan juga boleh terjejas jika berada di bawah cuaca panas bagi tempoh yang lama. Pengoksidaan sinaran ultraungu (UV) daripada matahari menyebabkan cat kenderaan menjadi pudar. Bagi mengatasi masalah sebegini, anda dinasihatkan untuk menggunakan pembalut kenderaan semasa meletakkan kereta di luar atau parkir kenderaan anda di kawasan teduh.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!