Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Batu Caves.

Delegasi Perodua yang hadir pada sesi kunjung hormat berkenaan ialah En. Suresh Kumar, Director of New Business Division; En. Arman Hasmanizar Che Ahmad, General Manager of Pre-Owned Vehicle and Fleet Management & Development; serta En. Patrick Liew Chin Kee, Manager of Pre-Owned Vehicle.

Lawatan kunjung hormat tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan pembekalan kereta konsesi model Perodua kepada kerajaan Malaysia. Selain itu, delegasi Perodua juga turut dibawa melawat ke sekitar kawasan Pusat Servis Wilayah SPANCO Batu Caves selepas selesai sesi perbincangan bersama pihak pengurusan SPANCO.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg Dato’ Azman Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif; En. Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin, Ketua Pegawai Operasi; En. Peter Lim, Pengarah Eksekutif serta barisan pengurusan SPANCO Services Sdn Bhd.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!