Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan ini yang disebabkan faktor kesihatan lain. Penyakit kencing manis, hipertensi dan berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi adalah antara yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular ini. Bagi menjaga kesihatan jantung anda, disarankan beberapa langkah penting untuk gaya hidup yang lebih sihat:

1. Makan Secara Sihat

Pemakanan seimbang sangat penting bagi menjaga kesihatan diri termasuk kesihatan jantung dengan mengamalkan diet yang betul. Buah-buahan dan sayur-sayuran penuh dengan vitamin, mineral, antioksidan dan serat adalah antara nutrien yang bagus untuk jantung anda.

Bayam, kangkung, sawi, tomato, strawberi, betik, kale dan sebagainya lagi boleh dimakan setiap hari untuk mendapatkan nutrisi dan kebaikannya. Pastikan makanan anda mempunyai kandungan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada makanan lain.

2. Tidak Menghisap Rokok

Rokok dan vape adalah satu tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan daripada pelbagai aspek. Salah satu masalah kesihatan akibat merokok adalah serangan jantung selain berisiko untuk terkena strok, kanser, melemahkan sistem imunisasi, merosakkan paru-paru dan sebagainya.

Selain itu, merokok juga merupakan risiko utama bagi pelbagai penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Menghisap rokok atau vape, kedua-duanya boleh membawa kepada kemerosotan keadaan kesihatan.

3. Mengenal Pasti Simptom Awal Sakit Jantung

Serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa saja, pada bila-bila masa. Oleh itu, amatlah penting untuk mengetahui tentang gejala atau simptom yang berkaitan.

Sakit dada di bahagian tengah, rasa seperti ditekan, mengalami masalah kesukaran bernafas, berpeluh dan lenguh di bahagian tangan kiri adalah antara tanda awal yang perlu diawasi dan diberi perhatian. Segeralah ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan awal daripada pakar.

4. Lakukan Pemeriksaan Berkala

Tidak perlu menunggu sehingga memasuki usia 40-an untuk mula menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan. Para doktor mencadangkan untuk kita menjalani pemeriksaan ini seawal usia 20 tahun. Oleh itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun bagi mengenalpasti keadaan kesihatan.

5. Kekalkan Berat Badan Ideal

Mengekalkan berat badan yang ideal penting untuk menghindari pelbagai penyakit berisiko seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi dan lain-lain. Ini tidak bermaksud anda perlu menurunkan berat badan atau menjadi kurus. Sebaliknya, anda hanya perlu memastikan berat badan anda berada dalam lingkungan julat berat yang sihat dan bersesuaian dengan ketinggian anda. Anda boleh mengekalkannya dengan mendapatkan jumlah kalori yang betul, makan secara sihat serta bersenam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!