5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi tempat yang menarik untuk bergambar Outif Of The Day (OOTD) sebagai kenangan sambil melakukan aktiviti riadah. Berikut adalah antara lokasi yang wajib anda kunjungi:

eco
Sumber : ecoworld.my

1. Eco Grandeur Puncak Alam

Eco Grandeur Puncak Alam merupakan kawasan perumahan baharu yang dibina berkonsepkan mesra flora dan fauna. Kawasan riadah ini terbuka kepada orang awam pada waktu-waktu tertentu yang boleh dilawati serta melakukan aktiviti riadah.

main-bg2
Sumber : ecoworld.my

Terdapat kawasan padang luas yang dipenuhi dengan kehijauan saujana seluas mata memandang. Di tengah-tengah kawasan ini, terdapat sebuah maze dengan monumen binaan kerangka putih yang cantik, menjadikan ia sebagai satu lokasi yang sesuai untuk bergambar. Uniknya lagi, kawasan tasik di sini berbentuk seperti dragonfly, yang amat menarik perhatian pelawat untuk bergambar OOTD sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang menakjubkan.

FB cutibajet.co
Sumber : cutibajet.co

2. Taman Tasik Elmina

Taman Tasik Elmina yang terletak di Elmina City merupakan salah satu destinasi instagram influencers yang popular. Tarikan utama tempat ini adalah laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina yang menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke sini dan bergambar OOTD.

FB Muhammad Al-Naseef
Sumber : Facebook Muhammad Al-Naseef

Ia juga merupakan lokasi riadah yang sesuai dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu kerana terdapat pelbagai kemudahan sukan seperti trek larian, laluan berbasikal dan sebagainya. Anda juga boleh berkelah secara santai sambil menikmati pemandangan alam sekitar di tasik berdekatan.

317e
Sumber : Vocket

3. Taman Persahabatan Jepun

Taman Persahabatan Jepun yang terletak di Shah Alam adalah taman yang dibina bagi mencerminkan keakraban kerajaan negeri Selangor dengan Jepun. Landskap indah ini kelihatan kemas dan elegan dengan pembinaan jambatan-jambatan kecil yang dikelilingi tasik. Suasana dan landskap sebegini sememangnya merefleksi budaya masyarakat Jepun di sini.

dabd
Sumber : Vocket

Antara tarikan utama di taman ini pula adalah Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai. Selain beriadah anda boleh mengambil gambar-gambar yang cantik sebagai kenangan jika berkunjung ke taman ini.

Living ASEAN
Sumber : Living ASEAN

4. Tanjung Sepat

Tanjung Sepat adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor. Walaupun terletak jauh dari kawasan bandar, kampung nelayan ini tetap menjadi destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang mencari kawasan untuk melihat matahari terbenam sambil ber-OOTD di sini. Pemandangan indah pokok di persisiran pantai semasa air surut adalah tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke tempat ini.

petitgo.com
Sumber : petitgo.com

5. Setia Ecohill Park

Bertemakan Live Green, Setia Ecohill terletak di puncak bukit dengan pemandangan yang dikelilingi dengan kehijauan alam semula yang menakjubkan. Dilengkapi dengan kawasan permainan untuk kanak-kanak, tempat ini sangat sesuai untuk sesi fotografi bersama seisi keluarga serta aktiviti riadah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!