Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan Enjin (ECM). Kerosakan komponen ini boleh menjejaskan fungsi sistem penyejukan kenderaan. Kenali tanda permasalahan sensor engine coolant temperature mengalami masalah seperti berikut:

  1. Enjin Panas

Salah satu tanda paling ketara sensor engine coolant temperature mengalami masalah adalah enjin menjadi panas melampau. Sensor suhu penyejuk yang tidak berfungsi dengan baik akan menghantar isyarat sejuk yang salah kepada ECU, dimana ia memberi isyarat yang kurang tepat kepada sistem bahawa enjin belum panas. Ini menyebabkan suhu enjin meningkat dan enjin menjadi panas dengan cepat.

  1. Lampu Amaran Enjin Menyala

Penderia yang rosak boleh mengakibatkan ECU mengaktifkan lampu amaran enjin pada papan pemuka kenderaan anda. Selain itu, ia juga akan mendaftarkan kod ralat yang boleh dibaca menggunakan alat imbasan OBD-2. Segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan sekiranya lampu amaran enjin menyala supaya tidak melibatkan kerosakan serius yang lain.

  1. Kipas Radiator Bermasalah

Kerosakan pada sensor engine coolant temperaturer akan menyebabkan kipas radiator tidak berfungsi. Ini mengakibatkan suhu enjin naik secara mendadak dan menyebabkan enjin menjadi panas. Ini kerana tiadanya tindak balas daripada sensor untuk mengaktifkan motor kipas. Oleh itu, anda perlu menggantikan sensor baharu supaya kipas radiator berfungsi dengan baik.

  1. Perubahan Tolok Suhu

Tolok suhu enjin pada papan pemuka kenderaan mendapat input daripada sensor engine coolant temperaturer. Sensor yang rosak boleh menyebabkan tolok suhu berubah secara tidak menentu dan menunjukkan bacaan yang salah.

  1. Kesukaran Menghidupkan Kenderaan

Apabila anda menghidupkan kenderaan di keadaan sekeliling sejuk, ECU mengira nisbah campuran bahan api-udara yang diperlukan dengan mengambil kira suhu penyejuk dan ambien. Sensor engine coolant temperature yang rosak boleh mengakibatkan campuran bahan api-udara yang tidak tepat dan menyebabkan kesukaran menghidupkan enjin kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!