Tips Keselamatan Semasa Ribut Petir

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan berita seorang penunggang motosikal yang  maut dipanah petir. Cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini mengundang kerisauan para pengguna kenderaan terutamanya bagi penunggang motosikal selepas insiden tersebut. Bagi pengguna kenderaan, ikuti tips keselamatan memandu semasa hujan dan ribut petir untuk melindungi diri seperti berikut:

1. Cari Tempat Berlindung

Apabila hujan lebat dan ribut petir semasa anda memandu kenderaan khususnya motosikal, pastikan anda mencari tempat berlindung. Elakkan berlindung di bawah bangsal atau pondok. Cari kawasan selamat seperti berlindung di dalam rumah atau bangunan kukuh kerana tempat ini adalah penebat yang baik dan menghalang kilat daripada mengalir melaluinya.

2. Jauhi Rod Pengalir Elektrik

Elakkan menghentikan motosikal berdekatan dengan kawasan rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi. Ini kerana rod pengalir elektrik mempunyai arus elektrik yang tinggi dan boleh membahayakan keselamatan anda terutamanya ketika ribut petir.

3. Jauhi Struktur Tinggi

Jauhi struktur tinggi seperti pokok dan menara kerana kilat cenderung menyambar objek tertinggi di sekelilingnya terlebih dahulu. Oleh itu, elakkan berada di bawah kawasan tersebut dan pilihlah kawasan yang lebih selamat.

4. Jauhi Diri Dari Sumber Air

Jauhi diri daripada sumber air seperti lopak air, hujan atau mana-mana kawasan berair ketika menunggang motosikal. Hal ini kerana air mengalirkan arus elektrik dan kilat lebih cenderung menyambar kawasan berair terlebih dahulu berbanding kawasan kering. Berdiri atau berhenti berlindung di kawasan berhampiran air boleh meningkatkan risiko dipanah petir.

5. Elakkan Menyentuh Struktur Konkrit

Setiap struktur konkrit seperti bangunan, dinding atau lantai mempunyai wayar besi di dalamnya. Sama seperti paip air, voltan juga boleh mengalir melalui besi-besi ini. Oleh itu, jangan menyentuh apa sahaja struktur konkrit yang berada berdekatan ketika ribut petir sedang melanda bagi mengelakkan terkena renjatan.

6. Elakkan Penggunaan Telefon Bimbit

Elakkan penggunaan telefon bimbit atau perkakas elektronik ketika ribut petir. Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit sementara menunggu hujan reda, risiko disambar petir sangat tinggi kerana voltan boleh mengalir melalui sistem elektrik dan menyambar peranti elektronik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!