Teringin makan ayam goreng Korea yang terkenal dengan keenakannya? Kunjungi lokasi popular di Lembah Klang ini untuk menikmati ayam goreng Korea yang pedas, lembut, rangup dan ‘juicy’:

1. Nanda Chicken
Nanda Chicken yang terletak di Mont Kiara merupakan antara tempat makanan Korea popular bagi keenakan hidangan Korea yang menyelerakan terutamanya ayam goreng. Ayam goreng Nanda mendapat sambutan hangat pelanggan kerana ia sangat ‘juicy’, rangup, pedas dan lazat rasanya.

Hidangan istimewa restoran ini adalah Ayam Keju Salji yang dihidangkan sama ada bersama ayam crispy, yangnyeom, soya, spicy soya atau fire spicy. Anda juga boleh menikmati makanan lain seperti ramen, bulgogi, kimchi, bibimbap dan sebagainya. Terdapat dua cawangan lain yang terletak di Seremban dan Kuantan yang boleh anda kunjungi.

2. Jinjja Chicken
Jinjja Chicken terkenal dengan ayam goreng Korea dan jjajangmyeon. Terletak di Sunway Pyramid, Jinjja Chicken ialah antara tempat yang terbaik di Lembah Klang untuk menikmati makanan jalanan ‘street food’ ala Korea seperti ayam goreng bersoskan yangnyeom, soy garlic, kimbap dan tteokbokki.

Kalau ada yang berani, anda bolehlah cuba kepedasan ayam goreng tahap monster! Selain ayam goreng, anda juga wajib mencuba Bulgogi Beef Kimbap yang menjadi kegemaran ramai di sini.
3. Jisoo Korean Fried Chicken
Ayam Goreng Korea Jisoo terkenal dengan ayam rangupnya yang terdapat dalam 8 jenis perisa seperti original, yangnyeom dengan tiga tahap kepedasan, bawang putih soya, mentega madu, bawang berkrim dan susu mentega.
Terdapat sebanyak tiga cawangan popular di Lembah Klang yang terletak di USJ Taipan, Kota Kemuning dan Klang. Bagi sesiapa yang tinggal di luar Lembah Klang, jangan risau anda juga boleh mengunjungi cawangannya yang lain iaitu di Greentown, Bercham, Falim Menglembu dan Bayan Lepas.
Antara makanan ‘signature’ yang perlu anda cuba di sini adalah buldak cheese (dakgalbi), budae jjigae (army stew), kimchi jjigae (kimchi stew), blackbun chicken, cheesy buttermilk chicken, sizzling bibimbap with korean fried chicken, chicken sandwich, cheesy tteobokki ramyeon dan kimchi pancake. Memang enak!

4. Chicken Plus
Chicken Plus mempunyai sebanyak 7 cawangan di Lembah Klang termasuk Shah Alam, Sunway, Cheras dan lain-lain yang menghidangkan ayam goreng dengan pelbagai perisa menarik.

Antaranya ialah hot shocking, creamy onion, kicap, yang-nyeum, original, yangkko, gang-jeong dan oriental dengan cheese fondue dan cheese falls yang wajib dicuba.

5. Goobne Chicken
Goobne Chicken yang terletak di MyTown sangat popular bagi keunikan hidangan ayam panggangnya. Ayam panggang yang lembut, berair dan masih rangup untuk dimakan tanpa setitik minyak berjaya menarik ratusan pelanggan ke restoran mereka.

Dipanggang pada suhu 195°C dan dihidangkan dengan bawang putih, keju dan perencah lada, restoran ini menyediakan ayam Korea veris sihat yang baik untuk kesihatan dengan memastikan kelazatan yang tidak terhingga. Goobne korean spicy galbi, goobne pepper crispy, goobne volcano, goobne fruity soy garlic dan goobne deep cheese adalah antara menu popular di sini.