Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman

Sistem brek direka dengan fungsi untuk memperlahankan atau memberhentikan kenderaan. Kegagalan menjaga dan menyelenggara brek kenderaan secara berkala boleh merisikokan keselamatan ketika memandu. Ketahui antara punca brek kenderaan kurang cengkaman:

1. Minyak Brek

Kekurangan minyak brek boleh menjejaskan fungsi brek kenderaan. Minyak brek yang mampat dengan kotoran enjin boleh mengakibatkan brek kurang cengkaman dan gagal berfungsi secara optimum kerana komponen yang tersumbat. Periksa takat minyak brek dengan kerap dan segera bawa kenderaan anda ke pusat servis sekiranya mendapati paras minyak brek berkurangan atau bocor.

brek

2. Penggalak Brek

Penggalak brek atau lebih dikenali sebagai brake booster adalah merupakan sistem penggalak yang digunakan untuk mempertingkatkan daya membrek hasil dari tekanan pada pedal brek.

Apabila penggalak brek gagal berfungsi, ia kehilangan keupayaan untuk memberikan daya tambahan terhadap omboh silinder induk. Ini akan menyebabkan pedal brek berasa keras jika dipijak dan biasanya akan terjadi gejala kebocoran pada komponen brek itu sendiri. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bagi mendapatkan bantuan lanjut.

3. Pelapik Brek

Pelapik brek adalah antara komponen penting di dalam sistem brek yang berfungsi untuk menghasilkan geseran kepada unit rotor brek bagi membolehkan kenderaan diperlahankan atau dihentikan. Pelapik brek yang telah haus atau nipis akan menjadi punca brek kenderaan anda gagal mencengkam dengan baik.

Jika kenderaan anda bergegar ketika membrek, ini adalah tanda pelapik brek telah nipis ataupun permukaan unit brek rotor sudah tidak rata. Sekiranya anda berada dalam situasi seperti ini, anda dinasihatkan untuk membawa kenderaan anda ke pusat servis terdekat untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Gantikan pelapik brek baharu bagi memastikan pemanduan yang lebih selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!