5 Kawasan Percutian Tanah Tinggi Popular Di Malaysia

Destinasi percutian di kawasan tanah tinggi yang dingin sangat sesuai terutamanya ketika cuaca panas sebegini. Kunjungi tempat peranginan menarik dengan udara segar dan cuaca yang sejuk seperti berikut:

omar-elsharawy-zP4X5bO_InY-unsplash

1. Tanah Tinggi Cameron

Tanah tinggi Cameron atau lebih dikenali sebagai Cameron Highlands adalah destinasi pelancongan pilihan ramai kerana terdapat banyak lokasi menarik untuk dikunjungi di sini. Kawasan tanah tinggi yang paling tenang dan sejuk ini sesuai dikunjungi ketika musim panas untuk menikmati percutian santai anda.

tm-yap-he-OWFDC4YU-unsplash

Tanaman teh, taman bunga, ladang strawberi, ladang haiwan dan lain-lain tempat popular boleh dikunjungi ketika melawat kawasan sejuk ini.

GENTING 1

2. Tanah Tinggi Genting

Ingin mengunjungi tempat sejuk sambil melakukan aktiviti menarik? Tanah Tinggi Genting (Genting Highlands) adalah lokasi sesuai untuk anda kerana mempunyai pelbagai tarikan unik dan hebat. Terdapat sebanyak 9 bahagian dunia fantasi bertema dan 26 permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

GENTING

Tempat makan, kedai pakaian dan juga hiburan secara langsung juga ada untuk membolehkan anda berseronok sepanjang hari di sini. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti Sky VR, mengunjungi ladang strawberi, Snow World, Awana Bio Park, Zombie Outbreak, Skytropolis, Bee Farm dan sebagainya.

Sumber : pahangtourism

3. Bukit Fraser

Bukit Fraser yang terletak di Pahang adalah destinasi popular untuk dikunjungi kerana ia adalah kawasan tanah tinggi yang mempunyai suhu antara 17 dan 24 darjah celcius. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terbaik untuk aktiviti memerhati burung. Selain itu, suasana di Bukit Fraser juga menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

fraser thesimpletravel
Sumber : thesimpletravel

Keindahan flora dan fauna yang cukup menakjubkan adalah antara tarikan pelancong ke lokasi ini. Pelancong boleh menghirup udara segar yang cukup menenangkan serta berpeluang untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

kundasang 1

4. Kundasang

Kundasang yang terletak di Sabah adalah salah satu lokasi yang sejuk dan mempunyai pemandangan indah bagaikan berada di negara New Zealand. Kundasang dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi yang mampu menarik ribuan pelawat dari seluruh dunia setiap tahun.

kundasang

Desa Cattle Dairy Farm, Crystal Hill R, Ladang Teh Sabah, Kundasang War Memorial, Kampung Arnab Kundasang, Taman Rose dan Strawberry Kundasang, Bukit Sosodikon dan sebagainya adalah tempat tarikan pelancong yang wajib dikunjungi jika anda melancong ke negeri Sabah.

miza-mila-ZHApqCIgNGw-unsplash

5. Bukit Bendera

Pulau Pinang bukan sahaja dikenali untuk kepelbagaian makanan malah terdapat lokasi pelancongan menakjubkan seperti Bukit Bendera. Mempunyai suhu di puncak yang agak dingin pada ketinggian lebih 800m dari aras laut, Bukit Bendera sememangnya satu destinasi percutian yang ideal untuk mereka yang inginkan percutian di cuaca sejuk.

Cititel Penang
Sumber : Cititel Penang

Perjalanan menerusi kereta api dengan pemandangan alam yang menakjubkan, keindahan bandar raya Pulau Pinang di puncak, masjid, taman kanak-kanak, Monkey Cup Garden, Kopi Hutan dan pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi di sini bersama insan tersayang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!