5 Rangkaian Restoran Segera Yang Menawarkan Menu Rahmah

Program Menu Rahmah adalah satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak Januari lalu. Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dimana makanan ditawarkan pada harga berpatutan dan mampu milik.

Menu Rahmah adalah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran. Terdapat hampir 15,000 premis jualan makanan yang menyertai inisiatif ini dan angka ini akan meningkat bagi membolehkan lebih ramai masyarakat mendapat manfaat. Ketahuilah antara rangkaian restoran makanan segera yang menawarkan aneka Menu Rahmah seperti berikut:

burger king
Sumber : Facebook Burger King Malaysia

1. Burger King

Burger King menjadi restoran makanan segera pertama yang menawarkan Menu Rahmah kepada rakyat Malaysia. Pelanggan boleh menikmati antara dua menu burger sempena promosi Menu Rahmah iaitu BK Chick’N Crisp dan Cheesy Beef Burger. Dengan hanya RM5 anda boleh mendapatkan makanan tersebut beserta satu botol air mineral. Menu dengan harga mampu milik ini tersedia sepanjang hari dan boleh didapati di kebanyakan cawangan Burger King di Semenanjung Malaysia.

mcd
Sumber : Facebook McDonald’s

2. McDonald’s

Menu Rahmah kini boleh juga didapati di McDonald’s. Ia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah iaitu Bubur Ayam, McEgg atau Burger Ayam yang dipadankan dengan Teh Ais Limau segar di semua cawangan McDonald’s Malaysia pada harga patutan.

a&w
Sumber : Facebook A&W

3. A&W

A&W juga menyertai program ini dengan menawarkan Menu Rahmah dengan tiga pilihan makanan menarik. Antara pilihan makanan yang ditawarkan adalah Cheese Burger, Chicken Sandwich dan Fish Sandwich. Walau bagaimanapun, hidangan hanya terdiri daripada burger dan tidak disertakan dengan minuman.

dominos
Sumber : Facebook Domino’s Pizza Malaysia

4. Domino’s Pizza

Penggemar piza juga kini boleh merasai keenakan makanan ini pada harga berpatutan. Domino’s Pizza juga tidak ketinggalan memperkenalkan Menu Rahmahnya dengan menawarkan satu personal pizza pada harga RM5.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan personal pizza hanya pada harga RM3.90 sahaja sempena promosi Super Tuesday iaitu pada hari selasa sahaja. Pelanggan juga boleh memilih daripada pelbagai pilihan topping menarik untuk dinikmati bersama piza kegemaran anda pada harga istimewa ini.

marrybrown
Sumber : Facebook Marrybrown

5. Marrybrown

Marrybrown juga telah memberi sokongan kepada inisiatif Menu Rahmah dengan menawarkan set MB Chicken Burger atau Nasi Kari dipadankan dengan satu botol air minuman Dasani. Menu Rahmah ini boleh didapati untuk dine-in atau takeaway yang bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam pada setiap hari di cawangan Marrybrown di seluruh negara.

Selain restoran makanan segera yang telah disenaraikan, terdapat banyak lagi kedai makanan yang menyokong program ini dan menyediakan Menu Rahmah sebagai menu harian mereka. Ia sangat membantu semua golongan masyarakat untuk menikmati makanan lengkap pada harga berpatutan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai restoran yang menawarkan Menu Rahmah melalui laman web rasmi https://menurahmah.kpdn.gov.my/ .

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!