Punca Pengeluaran Asap Biru Dari Ekzos

Pengeluaran asap biru dari ekzos kenderaan adalah tanda awal kerosakan yang perlu diberi perhatian. Ekzos biasanya akan mengeluarkan asap berwarna putih ketika enjin kenderaan dihidupkan. Namun, sekiranya asap yang keluar dari ekzos adalah berwarna biru, itu adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Apakah punca pengeluaran asap biru tersebut?

1. Kebocoran Minyak daripada Kebuk Pembakaran

Jangka hayat enjin akan semakin berkurangan apabila ia telah lama digunakan. Hal ini akan menyebabkan gelang omboh, pengedap injap dan komponen penting yang lain mula haus.

Pengedap injap yang telah retak dan rapuh tidak berkesan untuk mengasingkan minyak enjin. Hal ini akan menjadi punca minyak mula bercampur dengan bahan api dalam kebuk pembakaran dan menyebabkan pengeluaran asap biru.

2. Kerosakan Pengecas Turbo

Asap berwarna biru boleh dilihat sekiranya pengecas turbo telah rosak, yang mungkin disebabkan oleh pengedap minyak yang bocor. Oleh itu, dalam kedua-dua situasi ini, minyak akan meresap ke dalam enjin. Apabila minyak telah masuk ke dalam enjin, ia mula bercampur dengan bahan api dan akan menghasilkan asap biru.

3. Kerosakan Gelang Omboh

Gelang omboh atau lebih dikenali sebagai piston ring berfungsi untuk mengekalkan minyak enjin di tempat ia berada di dalam kebuk pembakaran. Apabila ianya gagal berfungsi, minyak enjin boleh mengalir ke kawasan yang salah dan bercampur dengan minyak bahan api. Hal ini menjadi punca pengeluaran asap biru daripada ekzos kereta.

4. Kebocoran Minyak

Sekiranya berlaku kebocoran minyak yang menyentuh bahagian panas di bawah hud kenderaan, titisan minyak panas yang terkena pada blok enjin boleh menyebabkan pengeluaran asap biru dari ekzos kenderaan semasa anda menekan pedal minyak.

5. Injap Pengalih Udara Kotak Engkol Positif Tersekat

Injap pengalih udara kotak engkol positif yang juga dikenali sebagai positive crankcase ventilation (PCV) berfungsi untuk melepaskan tekanan yang terkumpul pada ‘oil pan’. Tekanan disalurkan ke dalam pancaronggan pengambilan (intake manifold) dimana asap boleh dibakar semula. Oleh itu, apabila injap PCV tersekat, minyak akan bercampur dengan gas lain dan menyebabkan pengeluraran asap biru.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!