Langkah Menghadapi Cuaca Panas

Malaysia kini berhadapan dengan cuaca panas berpanjangan yang dijangka berlanjutan sehingga bulan Ogos ekoran daripada perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya. Perubahan cuaca tidak menentu berlaku akibat pemanasan global yang berterusan dengan suhu maksima melebihi 35 darjah celcius di negara kita.

Cuaca panas berlanjutan ini akan menjejaskan kesihatan individu hingga boleh menyebabkan maut jika tidak mengambil langkah penjagaan sewajarnya dalam menghadapi situasi sebegini.

Antara risiko akibat daripada suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh merisikokan keadaan kesihatan. Ikuti panduan berikut untuk menghadapi cuaca panas yang berpanjangan ini.

1. Minum Air Kosong

Kekal berhidrasi dengan minum banyak air kosong dan jus buah-buahan. Apabila cuaca panas, badan kita akan mengeluarkan cecair dengan lebih cepat melalui peluh. Oleh itu, pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas atau lebih mengikut keperluan badan anda. Elakkan pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat kerana ia hanya akan memburukkan lagi dehidrasi.

2. Kekal Berada Dalam Kawasan Tertutup

Pastikan anda kekal berada dalam kawasan tertutup seperti dalam rumah, pejabat dan lain-lain. Bataskan aktiviti di luar pada waktu panas dan elakkan diri terdedah kepada sinaran matahari secara langsung. Hal ini kerana terdedah langsung dengan sinaran matahari boleh menyebabkan anda terdedah dengan sinar UV yang berbahaya. Selain terdedah dengan kepanasan ianya juga boleh meningkatkan risiko strok haba.

3. Pakai Pakaian Ringan

Orang ramai dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai iaitu pakaian ringan dan longgar bagi membantu mengurangkan risiko kepanasan dan pendedahan kepada jerebu. Pakaian ringan membolehkan tubuh bernafas, mengurangkan risiko kepanasan dan membantu tubuh untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas.

4. Mandi Air Sejuk

Cuaca panas ini membuatkan kita kerap mandi untuk menyejukkan badan. Anda digalakkan untuk mandi menggunakan air sejuk walaupun pada waktu pagi agar dapat menyejukkan badan serta mengekalkan suhu badan normal. Elakkan penggunaan air panas kerana ia hanya akan meningkatkan suhu badan anda dan menyebabkan anda berasa bahang.

5. Pakai Topi atau Payung

Sentiasa pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari. Pastikan anda sentiasa membawa payung dalam beg sebelum keluar dari rumah supaya dapat menggunakannya di bawah matahari terik demi menghalang pancaran haba secara terus ke badan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!