5 Tips Penjimatan Penggunaan Bahan Api

Kenderaan adalah merupakan medium utama pergerakan harian. Kekerapan penggunaan ini menyebabkan meningkatnya kos bahan api yang perlu ditanggung oleh pengguna. Bagi mengurangkan beban anda, dikongsikan beberapa tips pemanduan yang boleh menjimatkan penggunaan bahan api seperti berikut:

1. Kelajuan Sederhana

Tahukah anda memandu dengan kelajuan yang tidak tetap akan menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api? Kajian telah menunjukkan bahawa mengubah kelajuan naik dan turun antara 75 dan 85 km sejam setiap 18 saat boleh meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 20%. Oleh itu, pastikan anda memandu dengan kelajuan sederhana dan tetap bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

2. Elakkan Membrek Secara Kerap

Gemar menekan brek semasa memandu? Segera hentikan kebiasaan ini kerana membrek secara kerap dan mengejut boleh melonjakkan penggunaan bahan api. Pastikan anda membrek sekiranya perlu sahaja dan pastikan pemanduan adalah dengan kelajuan sederhana bagi menjimatkan penggunaan bahan api.

3. Gunakan Tahap Gear Yang Betul

Gunakan tahap gear yang betul semasa memandu dengan kelajuan semasa kenderaan anda kerana penggunaan gear yang tidak bersesuaian boleh mempengaruhi takat bahan api kenderaan anda.

4. Tukar Gear Rendah Ke Gear Tinggi Dengan Lebih Cepat

Bunyi enjin akan kedengaran kasar jika lambat menukar gear rendah kepada gear tinggi. Sekiranya anda mengambil masa yang lebih lama untuk menukar gear, lebih banyak bahan api akan dipam untuk menggerakkan kenderaan. Oleh itu, pastikan anda menukar gear rendah ke tinggi dengan cepat supaya tidak berlakunya pembaziran penggunaan bahan api.

5. Matikan Enjin

Pastikan anda matikan enjin kenderaan sekiranya tiada pergerakan lebih daripada satu minit kecuali di lampu isyarat atau ketika terperangkap didalam kesesakan jalan raya. Hal ini kerana kenderaan dengan enjin 3 liter akan membazirkan 300 mililiter (lebih 1 cawan) bahan api untuk setiap 10 minit sekiranya ia berhenti tanpa mematikan enjin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!