5 Langkah Penyelenggaraan Kenderaan Sebelum Perjalanan Jauh

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu ini, ramai akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan bersama keluarga dan sanak-saudara. Sebelum memulakan perjalanan jauh, anda diwajibkan untuk menyelenggara kenderaan bagi memastikan tiada kerosakan berlaku ketika memandu. Dengan ini disenaraikan penyelenggaraan yang perlu dilakukan:

1. Minyak Enjin

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin sekaligus menghalang daripada berlakunya kerosakan. Sebelum anda mulakan perjalanan jauh, jangan lupa untuk memeriksa takat minyak enjin terlebih dahulu. Gunakan dipstik untuk mengetahui sama ada minyak enjin berada pada tahap yang disyorkan.

DIPSTICK

Sekiranya ia berada pada penanda minimum maka anda perlu menambah minyak enjin. Elakkan mengisi minyak enjin melebihi paras maksimum kerana ia boleh menyebabkan kerosakan lain. Selain itu, anda juga harus memastikan bahawa warna minyak enjin adalah kuning atau kuning muda. Jika ia berwarna coklat gelap atau hitam, adalah digalakkan untuk menukar minyak enjin dengan segera kerana berkemungkinan terdapat pengumpulan bendasing.

2. Tayar

Tayar kenderaan adalah komponen penting yang mencengkam permukaan jalan raya ketika membrek dan ia adalah antara aspek keselamatan yang perlu dijaga dengan baik. Anda wajib melakukan penyelenggaraan tayar sebelum memulakan perjalanan jauh dengan memeriksa tekanan angin tayar, kadar kehausan dan memastikan pastikan kedalaman bunga tayar tidak kurang dari 2 milimeter bagi mengelakkan sebarang situasi tidak terduga berlaku.

3. Pengelap Cermin

Pengelap cermin merupakan antara komponen keselamatan penting dalam kenderaan yang memberi penglihatan jelas ketika memandu. Pastikan anda melakukan pemeriksaan terhadap keadaan getah pengelap cermin untuk memastikan ianya tidak haus, kering, lusuh, terbelah atau mengalami kerosakan lain.

Sekiranya keadaan pengelap cermin tidak begitu baik, anda digalakkan untuk menggantikan bilah pengelap cermin baharu untuk memberikan penglihatan lebih jelas terutamanya apabila hujan. Selain itu, bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak menyebabkan kerosakan pada getah pengelap cermin.

4. Bateri Kenderaan

Komponen lain yang perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan jauh adalah bateri kenderaan. Bateri berfungsi untuk membekalkan arus elektrik yang membantu menghidupkan enjin. Anda perlu menjaga komponen utama ini dengan penggantian kepada bateri baharu selepas dua tahun atau apabila tiba jangka hayatnya.

Sekiranya terdapat sebarang bunyi pelik apabila menghidupkan enjin, anda perlu segera melakukan penyelenggaraan di pusat servis berdekatan. Periksa keadaan bateri samada terdapat pengumpulan asid kering pada terminal bateri dan lakukan pembersihan sekiranya terdapat kakisan bateri.

5. Brek

Brek amat penting bagi menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika perlu memperlahankan atau menghentikan kenderaan pada situasi kecemasan yang tidak diduga. Periksa minyak brek dan pastikan ianya berada pada paras antara minimum dan maksimum. Selain itu, pastikan pelapik brek sentiasa dalam keadaan tebal supaya ia dapat membrek dengan lebih berkesan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!