Panduan Mudah Membersihkan Bahagian Dalaman Kenderaan

Penjagaan kebersihan kenderaan amat penting bagi pemanduan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, ruang dalaman kenderaan boleh menjadi cepat kotor sekiranya kita tidak menjaga kebersihan dengan betul.

Kami kongsikan kepada anda beberapa panduan mudah untuk membersihkan bahagian dalaman kenderaan, agar ianya kekal terjaga sepanjang masa:

1. Buang Sampah

Langkah pertama untuk memastikan kebersihan bahagian dalaman kenderaan adalah dengan membuang segala sampah-sampah yang terkumpul di dalam kenderaan. Misalnya, resit lama, tiket parkir, pembungkus makanan, plastik dan sebagainya yang biasanya dibiar terkumpul oleh pengguna kenderaan. Periksa secara berkala di ruang tempat letak tangan, ruang poket pintu kenderaan, ruang pemegang minuman dan bahagian bonet kenderaan bagi membuang sampah-sampah yang kita selalunya terlepas pandang.

2. Bersihkan Karpet Kenderaan

Ramai juga antara pengguna kenderaan yang mengabaikan tentang pembersihan karpet kenderaan. Setelah membuang sampah-sampah yang terkumpul dalam kenderaan, anda juga haruslah membersihkan karpet dengan vakum atau sebaiknya mencuci karpet dengan pencuci fabrik atau sabun, bagi menghilangkan kotoran degil.

Ini kerana, karpet kenderaan sememangnya sentiasa menjadi tempat terkumpulnya pelbagai kotoran daripada tapak kasut, sisa debu, lumpur, habuk, tumpahan air, sisa makanan dan sebagainya.

3. Lap Permukaan Dalaman

Langkah seterusnya adalah mengelap habuk dengan menggunakan kain mikrofiber atau berus lembut, pada bahagian dalaman kenderaan seperti papan pemuka, poket pintu, konsol tengah, lubang penghawa dingin dan bonet kenderaan. Sebagai langkah alternatif, anda juga boleh menggunakan produk pembersih seperti air sabun atau kain lap pembasmi kuman untuk membasmi kuman pada bahagian-bahagian yang perlu dibersihkan.

4. Vakum Bahagian Dalaman Selebihnya

Seterusnya, adalah digalakkan untuk membersihkan bahagian dalaman kenderaan dengan menggunakan vakum terutamanya di ruang sempit seperti celah pintu, poket pintu, celah tempat duduk dan lain-lain ruang sempit yang menjadi tempat pengumpulan habuk, debu dan kotoran lain.

5. Bersihkan Tempat Duduk Kenderaan

Permukaan tempat duduk kenderaan biasanya kelihatan bersih daripada habuk, tetapi hakikatnya terdapat banyak kotoran halus melekat di bahagian celahan. Oleh itu, bersihkan tempat duduk kenderaan dengan menggunakan vakum atau berus pembersih habuk untuk menghilangkan segala habuk dan kotoran halus.

Antara tips untuk menghilangkan kotoran degil pada tempat duduk kenderaan adalah dengan membancuh sabun pencuci dengan air suam. Bagi tempat duduk kenderaan yang disarungkan dengan material kulit, gunalah bahan pencuci khas yang sesuai.

6. Lap Cermin Kenderaan

Tahukah anda, cermin dalaman kenderaan adalah antara bahagian yang senang terdedah pada kotoran? Terdapat banyak habuk dan kesan jari yang melekat pada permukaan cermin yang menampakkan kenderaan anda kurang bersih.

Justeru itu, bagi memastikan cermin sentiasa bersih, anda perlulah mengelap cermin di kedua-dua bahagian dalam dan luar dengan menggunakan ‘glass cleaner’ dan kain mikrofiber untuk cucian yang lebih mudah dan bersih.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!