Tanda Brek Caliper Rosak

Angkup brek atau lebih dikenali sebagai brake caliper adalah antara komponen penting dalam sistem brek kenderaan. Ia berfungsi untuk memperlahankan tayar kereta dengan mencipta geseran dengan pemutar brek. Ramai pengguna kenderaan mengabaikan tanda kerosakan angkup brek, dan ini mengakibatkan kenderaan rosak di tengah jalan.

Kenali antara tanda kerosakan awal brake caliper agar anda dapat melakukan penyenggaraan segera seperti berikut:

1. Bunyi Bising Pada Brake Caliper

Sekiranya anda melalui kawasan jalan raya yang tidak rata, dan kedengaran bunyi bising daripada bahagian tayar hadapan, ini adalah disebabkan pin brek caliper yang tidak disenggara dengan betul. Pin brek caliper yang longgar boleh menjadi punca pengeluaran bunyi bising tersebut.

2. Kenderaan Berhala Ke Satu Arah

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana kenderaan anda menghala ke satu arah tertentu? Jika ya, ia mungkin tanda kerosakan brek caliper yang memerlukan perhatian segera. Angkup brek mengandungi omboh yang bergerak masuk dan keluar akibat tekanan hidraulik daripada silinder induk.

Jika omboh gagal berfungsi akibat pengumpulan kotoran atau kakisan, pelapik brek sama ada akan gagal melepaskan rotor atau gagal bersentuhan dengan rotor. Hal ini menyebabkan kenderaan anda menghala ke satu arah di mana angkup brek yang rosak berada.

3. Pelapik Brek Haus Tidak Sekata

Apabila pin gelangsar angkup mula melekat, anda mungkin melihat kehausan pada pelapik brek menjadikannya tidak sekata. Kadangkala, omboh yang tersekat juga boleh menimbulkan masalah ini. Dalam kedua-dua kes, sebahagian pelapik brek terseret sepanjang rotor. Hal ini menjadi punca utama pelapik brek haus lebih cepat dan tidak sekata.

4. Sensasi Menyeret

Apabila brek caliper melekat, pelapik brek akan tertekan pada rotor walaupun kaki anda tidak berada di atas pedal brek. Geseran ini membawa kepada kesan seretan. Kesannya sama seperti semasa anda membrek, tetapi ianya menjadi lebih teruk sekiranya anda memandu kenderaan secara laju.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!