5 Bazar Ramadan Popular Di Lembah Klang

Bazar Ramadan adalah salah satu tempat yang paling gemar dikunjungi pada bulan puasa untuk membeli pelbagai juadah lazat untuk berbuka. Terdapat pelbagai juadah popular yang digemari di bazar Ramadan seperti roti john, tepung pelita, murtabak dan sebagainya.

Kami kongsikan 5 lokasi bazar Ramadan yang menerima kunjungan luar biasa di sekitar Lembah Klang seperti berikut:

1. Bazar Putrajaya

Bazar Putrajaya yang terletak di Presint 3 sangat popular kerana mempunyai pelbagai jenis makanan dan terdapat lokasi berbuka puasa yang cantik di tepi tasik. Bazar ini juga menjadi tumpuan masyarakat bukan Islam yang turut ingin merasai kemeriahan Ramadan serta mencari kuih-muih dan hidangan lazat untuk makan malam.

Selain itu, terdapat tiga tapak bazar Ramadan baharu di Putrajaya yang terletak di tapak kosong berhadapan Hotel Doubletree@Hilton (Presint 5), tapak parkir pasar awam Presint 8 dan tapak dataran berhadapan Depo PPJ di Presint 9.

2. Bazar Puchong Perdana

Antara bazar Ramadan yang menjadi perbualan ramai bagi tahun ini adalah bazar Ramadan Puchong Perdana. Terletak berhampiran LRT Puchong Perdana, bazar ini menjadi pilihan mereka yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan dengan harga yang berpatutan.

Antara makanan popular yang wajib dicuba di sini adalah air soya, cucur udang kuah kacang, murtabak, biryani melati, nasi campur legend, pelbagai kuih-muih, asam pedas poyo, ayam gunting, mee goreng udang, kebab, laksa dan aneka jenis minuman yang pasti menyukarkan anda untuk membuat pilihan.

3. Bazar Stadium Melawati Shah Alam

Bazar Stadium Melawati Shah Alam adalah antara bazar terbesar di Malaysia dengan mempunyai lebih 300 gerai dan menu juadah yang menjadikannya salah satu lokasi bazar tarikan pengunjung Selangor. Ramai yang sanggup mengunjungi bazar ini walaupun pada musim hujan kerana keenakan makanannya serta pilihan yang banyak.

Terdapat roti john meleleh, keria, kunafa, lemang rendang, ayam golek, kerang bakar, belangkas, lamb shank chef ammar, donut bambaloni, murtabak Singapura dan lain-lain yang boleh memukau selera. Bagi sesiapa yang datang dari jauh untuk mengunjugi bazar ini, jangan risau kerana kawasan bazar ini mempunyai tempat parkir yang luas.

4. Bazar Bukit Bintang

Bazar Ramadan Bukit Bintang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Ikan bakar, ayam bakar, sate, nasi campur, aneka masakan panas, pelbagai jenis kuih-muih, apam balik, laksam, kunafa, aneka jenis minuman, nasi lemak berlauk dan sebagainya boleh didapati di sini. Pastikan anda datang awal untuk membeli-belah di bazar ini bagi mengelakkan kesesakan.

5. Bazar Wangsa Maju

Bazar Ramadan Wangsa Maju menjadi salah satu bazar tumpuan ramai kerana kepelbagaian juadah enak yang disediakan. Terletak berhampiran LRT Wangsa Maju, bazar ini meraih ramai kunjungan dengan mempunyai lebih 30 gerai makanan.

Ada banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling digemari ramai adalah roti john, churros, samosa jebat, mangga susu, tauhu bergedil, nasi kerabu dengan ayam percik, nasi campur dan ikan bakar. Anda juga boleh mendapatkan aneka jenis minuman yang unik di sini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!