5 Minuman Berbuka Puasa Yang Sedap Dan Mudah Disediakan

Masih tercari-cari menu minuman yang sedap dan mudah untuk dihidangkan ketika berbuka puasa bersama keluarga atau rakan? Walaupun terdapat pelbagai jenis minuman yang dijual di kedai dan bazar Ramadan, anda juga boleh menyediakan minuman lazat di rumah dengan bahan-bahan mudah seperti berikut:

teh

1. Teh Bunga Longan

Salah satu resipi air tular baru-baru ini adalah teh bunga longan yang dikongsikan oleh pempengaruh terkenal ‘Khairul Aming’. Air ini sangat mudah untuk disediakan dengan hanya menggunakan lima bahan iaitu air teh bunga, limau nipis, asam boi putih, isi buah longan dan air batu.

Masukkan ais ke dalam mangkuk dan tuangkan dua tin air teh bunga. Kemudian, masukkan limau nipis, asam boi dan satu tin isi buah longan. Seterusnya, kacau sebati dan air ini sedia untuk dihidang. Memang sesuai sebagai penyejuk tekak untuk diminum ketika berbuka nanti!

Mingguan Wanita
Sumber : Mingguan Wanita

2. Air Bandung Laici

Jika anda penggemar air bandung maka wajiblah anda cuba untuk menyediakan air bandung laici sebagai minuman berbuka puasa. Dengan hanya menggunakan empat bahan iaitu ais, susu cair, laici dan sirap ros anda boleh menyiapkan air ini dalam masa beberapa minit sahaja.

Masukkan satu tin laici ke dalam pengisar terlebih dahulu. Kemudian, masukkan satu tin susu cair dan kisar kedua-dua bahan hingga mendapatkan tekstur ‘creamy’. Selepas itu, tuangkan ke dalam jug dan tambahkan sirap ros dan satu tin laici. Kacau sebati dengan ais dan ia sedia untuk dihidangkan.

New Malaysian Kitchen
Sumber : New Malaysian Kitchen

3. Limau Asam Boi

Air limau nipis boleh membantu pencernaan dan mendorong seseorang untuk minum lebih banyak air. Minum air limau sahaja mungkin agak membosankan pada bulan Ramadan ini. Oleh itu, cubalah bancuh air limau asam boi bagi meningkatkan selera anda dengan hanya menggunakan limau kasturi, gula dan asam boi sahaja.

Kisar lima hingga enam buah limau kasturi yang telah dibuang biji dengan dua sudu teh gula. Kemudian tapis air tersebut dan tuangkan dalam jug dipenuhi ais batu. Tambahkan beberapa biji asam boi dan limau kasturi sebelum dihidangkan. Memang kecur air liur minum limau asam boi!

Watermelon

4. Jus Tembikai Selasih

Jus tembikai memang sesuai diminum ketika musim panas sebagai penyegar tekak. Anda boleh cuba jus tembikai selasih sebagai minuman berbuka dengan menggunakan tembikai, gula, biji selasih dan air secukupnya.

Kisar halus buah tembikai dan gula terlebih dahulu. Kemudian, rendam biji selasih sehingga ia kembang. Akhir sekali, tuang jus tembikai yang telah dikisar dengan menambah biji selasih ke dalam jug dan ianya sedia untuk diminum.

fruit tea

5. Teh Buah Segar

Buah-buahan mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh individu. Ia juga boleh dibuat minuman bagi meningkatkan selera. Begitu juga dengan teh buah segar yang sangat mudah untuk disediakan.

Potong buah pilihan anda seperti oren, tembikai, laici dan sebagainya. Kemudian, rendam teh dalam air panas dengan memasukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan air laici tin, perah limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang siap dipotong ke dalam jug. Akhir sekali, tuangkan air teh tadi dan ianya siap untuk dihidangkan.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!