Pam Bahan Api

Pam bahan api atau lebih dikenali sebagai fuel pump adalah salah satu komponen sistem bahan api yang memainkan peranan penting dalam sistem pembakaran kenderaan. Kenali fungsi dan jenis pam bahan api seperti berikut:

Fungsi Pam Bahan Api

Pam bahan api berfungsi untuk membekalkan kuantiti bahan api yang diperlukan dari tangki bahan api ke silinder enjin kenderaan pada tekanan yang diperlukan. Bahan api di dalam tangki akan dipam untuk mengalir ke dalam kebuk pembakaran di mana bahan api tersebut ditukar kepada tenaga yang berperanan menghidupkan enjin kenderaan.

Pam bahan api juga memastikan enjin kenderaan berada dalam keadaan baik dan dapat beroperasi dengan lancar. Terdapat dua jenis fungsi pam bahan api, mengikut jenis kenderaan. Bagi kenderaan sistem suntikan (injection system vehicle), pam bahan api berfungsi untuk mengepam bahan api dari tangki ke penyuntik. Manakala bagi kenderaan sistem karburetor pula, pam bahan api berfungsi mengepam bahan api dalam tangki ke karburetor.

Jenis Pam Bahan Api

Pam bahan api terbahagi kepada dua jenis iaitu;

1. Pam Bahan Api Mekanikal

Pam bahan api jenis mekanikal biasanya ditemui pada blok enjin kenderaan lama. Ianya beroperasi menggunakan tenaga yang dihasilkan oleh gerakan enjin. Pam bahan api mekanikal digerakkan oleh aci sesondol (camshaft). Pada kebiasaannya pam jenis ini dipasang samada di kepala selinder atau di blok selinder. Selain itu, pam jenis ini mempunyai diafragma yang berada pada bahagian luar tangki bahan api dan ia membekalkan bahan api kepada enjin pada tekanan rendah.

Secara amnya, kebanyakan masalah yang berlaku pada pam jenis ini disebabkan oleh kerosakan pada bahagian diafragma. Oleh sebab itu, kebanyakan masalah kerosakan pam mekanikal mudah dikenal pasti dan dibaiki.

2. Pam Bahan Api Elektronik

Pam bahan api elektronik terletak di bahagian dalam tangki bahan api untuk membekalkan bahan api ke bahagian enjin pada tekanan tinggi menggunakan motor elektro magnetik. Ia biasanya digerakkan dengan bantuan kuasa elektrik daripada bateri. Pam bahan api jenis elektrik ini ditempatkan samada di dalam ruang enjin atau di bahagian belakang berdekatan dengan tangki bahan api.

Pam elektronik secara amnya lebih kompleks kerana terdapat beberapa komponen di dalamnya. Sekiranya salah satu daripada komponen ini bermasalah, proses mengenal pasti punca kerosakan dan proses pembaikan agak sukar dilakukan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!