Lokasi Beli-Belah Baju Raya Bagi Persiapan Saat Akhir

Bagi anda yang selalunya membeli baju raya pada saat akhir, anda wajib mengunjungi tempat-tempat yang disenaraikan bagi mendapatkan pelbagai pilihan menarik. Terdapat banyak koleksi baju raya serta barangan persiapan lain yang boleh anda dapatkan di bawah satu bumbung sahaja. Mari kita lihat tempat-tempat viral berikut:

J.Labella Atelier FB
Sumber : Facebook J.Labella Atelier

1. J Labella Atelier

J Labella Atelier yang terletak di Taman Perindustrian Puchong Utama sangat terkenal dengan koleksi baju raya yang cantik. Berada di lokasi strategik dan mudah dicari, J Labella Atelier menawarkan baju raya dari jenis baju kurung pahang, estelle kurung, neeta kurung, zekha kebarung, jubah, abaya, baju melayu, baju kanak-kanak dan sebagainya yang boleh didapatkan di satu lokasi ini sahaja.

J.Labella Atelier FB `
Sumber : Facebook J.Labella Atelier

Selain itu, uniknya butik ini adalah ia menawarkan baju raya tema unik seperti warna mint, maroon, dusty green, golden brown, lilac purple dan sebagainya yang pasti menyebabkan anda rambang mata. Jika anda malas untuk datang mengunjungi butik ini, anda juga boleh membeli-belah secara dalam talian melalui laman rasminya.

Kompleks PKNS Shah Alam FB
Sumber : Facebook Kompleks PKNS Shah Alam

2. Seksyen 7, Shah Alam

Seksyen 7 Shah Alam sememangnya menjadi tumpuan penduduk Shah Alam dan juga pelajar-pelajar IPTA berhampiran untuk membeli-belah kelengkapan raya. Terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis baju raya, barang hiasan rumah, aksesori pakaian, kasut, tudung dan sebagainya di bawah satu bumbung.

Jika anda adalah salah seorang yang gemar membeli-belah di saat akhir, maka ia adalah lokasi sesuai untuk mendapatkan segala barang keperluan bagi menyambut Hari Raya dengan harga berpatutan.

Selangor Journal
Sumber : Selangor Journal

3. GM Klang

Penduduk kawasan Klang pastinya kenal lokasi popular untuk mendapatkan segala barangan borong iaitu di GM Klang Wholesale. Pelbagai jenis barang boleh didapati disini pada harga berpatutan termasuk koleksi baju raya terkini yang cantik dan menarik.

GM Klang Fb
Sumber : Facebook GM Klang

Terdapat lebih 2,500 kedai yang menawarkan jualan borong dan runcit seperti cadar, langsir, makanan, barang kemas silver, beg tangan, aksesori dan macam-macam keperluan Hari Raya yang boleh didapati dengan mudah di bawah satu bumbung. Jangan lupa untuk menebus sampul duit raya eksklusif mereka apabila anda membeli-belah di sini, selagi stok masih ada.

kwcc

4. Kenanga Fashion Wholesale (KWC)

Warga Kuala Lumpur pastinya mengenali pusat beli-belah Kenanga Fashion Wholesale atau lebih popular sebagai KWC bagi membeli barangan keperluan menyambut Hari Raya. Pelbagai rangkaian fesyen yang boleh didapatkan di KWC pada harga yang menakjubkan. Terdapat banyak kedai yang menjual ratusan jenis baju raya yang memudahkan anda memilih baju mengikut tema hanya di satu lokasi. Menarik bukan? Tunggu apa lagi, segeralah kunjungi KWC bagi merebut koleksi anda.

therakyatpost
Sumber : therakyatpost

5. Pusat Beli-Belah SACC

Terletak di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam, pusat beli-belah SACC menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk seisi keluarga. Anda boleh mendapatkan koleksi baju raya daripada jenama tempatan dan antarabangsa yang terkemuka di pusat beli-belah ini. Selain itu, terdapat juga barangan rumah, fesyen terkini hinggalah produk kecantikan yang ditawarkan pada promosi menarik untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!