Panduan Berbuka Semasa Terperangkap Di Dalam Kesesakan Jalan Raya

Memandu ketika waktu puncak semasa hari bekerja adalah sangat mencabar. Ada yang terpaksa menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam di atas jalan raya untuk sampai ke destinasi, sama ada ke tempat kerja atau waktu pulang ke rumah.

Begitu juga pada bulan Ramadan, masalah kesesakan jalan raya yang sama terpaksa diharungi. Makan sambil memandu adalah tidak digalakkan, tetapi kami ingin berkongsi panduan berbuka bagi umat Islam sekiranya terpaksa berbuka puasa ketika terperangkap di dalam kesesakan jalan raya:

1. Sediakan Makanan Ringan

Waktu pulang ke rumah sepanjang bulan Ramadan biasanya lebih awal, tertakluk pada tempat kerja masing-masing. Apabila kebanyakannya pulang lebih awal, ini menjadikan waktu tersebut sebagai waktu puncak yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Adalah disyorkan untuk menyediakan snek atau makanan ringan seperti kurma, roti, kekacang, buah-buahan kering, protein bar dan lain-lain dalam kereta sebagai alas perut, sekiranya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu berbuka.

2. Sediakan Minuman Dalam Bekas Bersesuaian

Air adalah antara juadah utama yang diperlukan ketika berbuka puasa untuk menghilangkan rasa dahaga. Minum air dari bekas yang tidak bersesuaian ketika memandu boleh menyebabkan berlakunya tumpahan yang akan mengganggu fokus pemanduan. Oleh itu, pastikan anda menyediakan minuman dalam bekas bersesuaian seperti botol air atau cawan dengan penyedut minuman agar dapat berbuka dengan lebih selamat.

3. Elakkan Makanan Yang Memerlukan Kutleri

Anda dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang memerlukan penggunaan kutleri untuk dimakan sekiranya terpaksa berbuka di dalam kenderaan. Misalnya, sup, bubur, mee dan lain-lain kerana ianya agak sukar dimakan sambil memandu dan mudah tumpah ketika kenderaan bergerak.

Sebaliknya, pilih makanan yang mudah untuk dimakan seperti kurma, roti berkrim atau berinti, kekacang, dan juga buah-buahan kering. Pastikan makanan yang dipilih memberikan tenaga yang mencukupi untuk meneruskan pemanduan.

4. Berhenti di Kawasan Bersesuaian

Sekiranya anda tidak selesa untuk berbuka di dalam kenderaan, pilihlah tempat yang bersesuaian untuk berhenti berbuka kerana makan sambil memandu boleh menganggu perhatian terhadap pemanduan. Berhentilah di kawasan rehat dan rawat atau stesen minyak kerana ini merupakan pilihan terbaik untuk anda menikmati juadah dengan lebih tenang dan selamat.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!