5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan.

Berikut adalah cara-cara mengelakkan kemalangan di jalan raya:

1. Lampu Isyarat Kenderaan

Lampu isyarat kenderaan adalah antara fungsi penting yang digunakan semasa memandu untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain tentang perubahan arah kenderaan anda. Ini dapat memberi amaran awal tentang pergerakan kenderaan anda yang secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya kemalangan.

2. Mengawal Kelajuan

Sikap pemanduan berhemah adalah penting demi menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Menjadi tanggungjawab utama pemandu untuk memastikan pemanduan adalah mengikut had laju yang ditetapkan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sebagai langkah keselamatan.

Kawal kelajuan kenderaan anda dan elakkan memandu secara laju kerana membrek secara tiba-tiba boleh mengakibatkan kemalangan.

3. Pemanduan Defensif

Sebagai pemandu, ada beberapa teknik pemanduan mudah yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan kemalangan; antaranya adalah dengan mengamalkan teknik pemanduan defensif.

Jaga jarak di antara kenderaan; sentiasa peka dengan keadaan sekeliling; berhati-hati dengan titik buta kenderaan; posisi kedudukan yang selesa dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik adalah antara teknik pemanduan defensif yang sangat berkesan.

4. Elakkan Gangguan

Gangguan seperti menjawab panggilan, memakai solekan, bergaduh, bermain dan makan ketika memandu boleh menyebabkan perhatian teralih daripada pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan. Fokus pada pemanduan anda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

5. Patuhi Peraturan Jalan Raya

Peraturan jalan raya dilaksanakan demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun demikian, masih ramai yang tegar melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penguat kuasa atas alasan-alasan peribadi. Perkara ini perlu dielakkan kerana ianya boleh memberi risiko kepada keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Patuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya bagi memastikan kesejahteraan kita bersama.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!