Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan dan khasiat yang betul amatlah penting kerana ianya dapat membantu mengurangkan rasa lapar sebelum tiba waktu berbuka.

Disenaraikan antara makanan sihat yang perlu dimakan sewaktu sahur dan berbuka untuk meningkatkan tenaga anda:

joyful-vT5xrj3z1OE-unsplash

1. Kurangkan Makanan Manis

Makanan mahupun minuman yang tinggi kandungan gula perlu dielakkan atau dikurangkan kerana ia akan membuatkan seseorang cepat berasa dahaga. Makanan manis membekalkan kalori yang tinggi tetapi ia tidak bertahan lama.

Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah jenis gula ringkas yang cepat menghasilkan tenaga tetapi mudah habis. Kurangkan pengambilan makanan manis ketika bersahur supaya anda tidak cepat lesu.

farhad-ibrahimzade-KpOl9jV2aJM-unsplash

2. Makanan Berasaskan Protein

Lebihkan makanan berasaskan protein bagi memberi tenaga yang secukupnya untuk menjalani ibadah puasa sepanjang hari. Hal ini kerana makanan protein biasanya mengambil masa untuk hadam dan anda akan berasa kenyang bagi tempoh masa yang lebih lama. Telur, kekacang, ayam, ikan dan lain-lain adalah antara pilihan makanan berprotein yang dicadangkan sebagai hidangan bersahur.

anderson-rian-klwak-FdEiA-unsplash

3. Air

Anda perlu kekal berhidrasi sepanjang waktu puasa bagi menjaga kesihatan diri. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau mengikut keperluan disepanjang waktu selepas iftar sehingga waktu sahur bagi memberikan hidrasi yang secukupnya untuk tubuh anda.

ivan-torres-MQUqbmszGGM-unsplash

4. Elakkan Makanan Berminyak

Makanan kandungan lemak tinggi atau makanan berminyak seperti makanan bergoreng dan makanan segera boleh menganggu dan melambatkan proses pencernaan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang ketara seperti sakit perut. Makanan berminyak juga boleh mengakibatkan risiko peningkatan kadar kolesterol dalam tubuh anda.

harshil-gudka-sOdiO7rd_NM-unsplash

5. Makanan Berkarbohidrat

Serat merupakan salah satu makanan yang penting untuk membekalkan tenaga seharian dan melambatkan rasa lapar. Makanan seperti oat merupakan serat yang baik untuk dimakan ketika sahur bagi membekalkan tenaga. Anda boleh mencuba overnight oat dengan menambahkan buah-buahan, kekacang dan lain-lain makanan berkhasiat mengikut selera anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!