Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika berpuasa. Individu yang berpuasa lebih berisiko untuk mengalami dehidrasi dengan beberapa gejala seperti bibir kering, pening dan mual.

Ikuti tips berikut bagi mengelakkan masalah dehidrasi:

1. Minum Air Secukupnya

Dahaga adalah tanda dehidrasi yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, sembelit, pening, keletihan dan kulit kering. Sepanjang bulan puasa ini, amatlah penting untuk kekal berhidrasi dengan meminum air yang secukupnya pada waktu malam dan ketika bersahur. Elakkan pengambilan minuman manis atau berkafein kerana ia hanya akan menyebabkan anda berasa lebih dahaga.

2. Kurangkan Pengambilan Makanan Masin

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi kerana ia akan menyebabkan badan anda kehilangan lebih banyak air melalui sistem penapisan buah pinggang anda.

Garam adalah terdiri daripada unsur zat natrium dan klorida. Apabila anda makan makanan yang mengandungi banyak garam, badan akan menyerap natrium hingga pada akhirnya menyebabkan sel badan mengalami masalah kekurangan air dan menjadi punca anda cepat haus.

3. Makan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi ketika bersahur adalah sangat digalakkan supaya anda kekal berhidrasi sepanjang tempoh berpuasa. Ia adalah hidangan yang lazat, sihat dan mudah didapati untuk meningkatkan penghidratan harian anda.

Tembikai, strawberi, melon, pic dan nanas adalah antara buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi. Manakala timun, sayur-sayuran berdaun, lobok, saderi, tomata adalah antara sayur-sayuran yang membekalkan keperluan air yang tinggi.

4. Pakaian Yang Bersesuaian

Berpuasa pada cuaca yang panas adalah satu cabaran kerana terpaksa mengharungi bahang udara. Pilih pakaian yang dengan warna, fabrik dan lapisan pakaian yang bersesuaian untuk membantu mengekalkan suhu badan pada tahap yang rendah. Pilihlah warna yang terang seperti putih, biru, pastel dan lain-lain ketika bekerja di luar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!