Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca yang dikenal pasti adalah:

1. Tayar

Tayar yang kurang tekanan udara boleh menyebabkan kenderaan anda bergegar apabila membrek. Selain daripada itu, penjajaran tayar yang tidak seimbang juga merupakan salah satu punca kerana ianya boleh menyebabkan bunga tayar haus secara tidak sekata. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan bagi memastikan pemanduan yang lebih selesa.

2. Masalah Gandar

Gandar bengkok, aci pemacu rosak atau sambungan CV yang haus juga boleh menjadi penyebab gegaran ketika memandu kenderaan. Kerosakan gandar mudah terjadi akibat kemalangan yang menyebabkan kenderaan menghadapi masalah gegaran, terutama apabila memecut laju. Selain itu, kerap melalui jalan berlubang juga boleh menyebabkan kerosakan gandar hingga menjejaskan pergerakan kenderaan.

3. Kerosakan Rotor

Sekiranya gegaran kenderaan berlaku pada stereng dan pedal brek maka, ia adalah tanda kerosakan rotor. Hal ini kerana rotor ditekan oleh pelapik brek untuk membantu memperlahankan kenderaan anda, dan jika rotor tidak seimbang ia boleh menyebabkan gegaran pedal brek dan stereng. Anda boleh melakukan pemeriksaan di pusat servis untuk mendapatkan penyelesaian segera.

4. Rim Bengkok

Selain tayar haus dan penjajaran yang tidak seimbang, rim roda yang bengkok juga boleh menyebabkan kenderaan anda bergegar semasa memandu atau membrek. Kerosakan rim boleh berlaku jika anda melalui jalan berlubang secara kerap.

Apabila memandu pada kelajuan tinggi dengan rim bengkok, anda mungkin merasai gegaran ringan pada kenderaan anda. Gegaran ini boleh meningkat apabila anda memandu dengan kelajuan yang semakin tinggi. Selain itu, memandu dengan rim bengkok juga boleh menjejaskan stereng kenderaan dan menyebabkan berlakunya gegaran yang tidak selesa. Oleh itu, adalah penting untuk anda menjaga keadaan rim kenderaan dan melakukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan kenderaan anda berfungsi secara optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!