4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur yang boleh didapati di Malaysia seperti tart telur Portugis, tart telur Hong Kong, tart telur tradisional dan lain-lain. Jika anda penggemar tart telur, anda wajib mengunjungi lokasi popular berikut untuk mendapatkan tart telur yang enak di Lembah Klang:

memoria
Sumber : Facebook Memorie Cafe

1. Memorie Cafe

Memorie Cafe yang terletak di One Utama adalah kafe Euroasian pertama di Malaysia yang menawarkan makanan gabungan Eropah dan Asia. Ia mempunyai hidangan masakan daripada Portugis, Belanda, Western, Melayu, Cina, India dan Peranakan yang menjadikannya antara kafe popular di Petaling Jaya.

307723571_3358982847756159_5613993532406798718_n
Sumber : Facebook Memorie Cafe

Terdapat pelbagai menu yang unik seperti Ikan Bakar Portugis, Eurasian Shepherd’s Pie, Eurasian Lamb Smore, Nasi Memorie dan hidangan yang paling popular adalah tart telur Portugis. Pastri kegemaran ramai ini mempunyai inti pati kastard telur yang wangi dan enak dalam kulit yang rangup. Memorie Cafe menyediakan tart telur Portugis yang segar setiap hari dan ia adalah antara makanan terlaris yang dijual di sini.

nandos
Sumber : Facebook Nando’s

2. Nandos

Nando’s adalah francais terkenal bagi sajian utamanya yang berasaskan ayam. Namun tahukah anda yang Nando’s juga menyajikan tart telur yang lazat? Dikenali sebagai Nata Portugis, pastri ini sangat popular dan digemari ramai pelanggannya kerana ia mempunyai asas kastard telur berkrim yang lazat.

320703298_686681516344525_4848529560794135011_n
Sumber : Facebook Nando’s

Nando’s berkongsi bahawa tart kastard Portugis tradisional yang berkrim dan rangup ini dibuat dengan menggunakan mentega Perancis terbaik dan telur kampung berkualiti. Memang lazat dan enak sebagai hidangan pencuci mulut.

my.openrice
Sumber : my.openrice

3. Oriental Kopi

Kedai Kopitiam Oriental Kopi yang tersenarai di dalam Malaysia Book of Record ini wajib dikunjungi terutamanya bagi penggemar pastri tart telur.

Tart telur Portugisnya sangat gebu dan mempunyai tekstur kastard telur berkrim yang cair di dalam mulut anda. Terdapat beberapa cawangan di Puchong, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan Mid Valley Megamall yang boleh anda kunjungi untuk menikmati tart terenak di Malaysia.

TheStarling
Sumber : TheStarling

4. Miki Bakery

Miki Bakery yang mempunyai banyak cawangan termasuk di Pusat Beli-Belah Atria, The Starling Mall dan Berjaya Times Square adalah antara kedai pastri yang menawarkan pelbagai jenis tart telur.

Miki Bakery 1
Sumber : Facebook Miki Bakery

Salah satu tart telur yang mendapat sambutan pelanggannya adalah tart telur Portugis dengan kastard telur hangus dan kulit tart yang rangup. Terdapat juga Charcoal Portuguese egg tart, Germany cookie base egg tart dan tart telur tradisional dalam saiz besar yang boleh dinikmati oleh pelanggannya. Bakeri ini juga menawarkan makanan lain seperti pandan milk cake, mushroom chicken baked bun, bbq chicken baked bun, mini kaya puff dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!