Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang dengan baik, pelbagai risiko akan berlaku sehingga ada yang memerlukan rawatan dialisis.

Antara fungsi utama buah pinggang adalah:

• Menapis bahan kumuhan dalam badan.
• Mengekalkan komposisi normal cecair dalam badan.
• Mengawal pengeluaran air dalam badan.
• Mengawal bahan mineral dalam badan seperti natrium, potassium, kalsium, fosforus dan menukarkan vitamin D ke dalam bentuk aktif untuk memastikan pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat.
• Mengawal elektrolit iaitu garam galian yang diperlukan untuk fungsi badan manusia.

Ramai masih tidak mempunyai kesedaran tentang tahap kesihatan buah pinggangnya sehinggalah didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang. Oleh itu, bagi meningkatkan kesedaran khayalak ramai, dikongsikan cara penjagaan kesihatan organ penting ini seperti berikut:

1. Minum Air

Air dapat melancarkan aliran darah dan membantu membersihkan buah pinggang daripada semua toksin yang terkumpul dalam badan. Anda digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari untuk kekal berhidrasi dan memudahkan buah pinggang mengeluarkan bahan buangan daripada aliran darah dengan baik.

2. Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tinggi boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing yang tidak bagus untuk kesihatan diri. Selain itu, garam yang berlebihan dalam tubuh juga berpotensi mempercepatkan pembentukan batu karang. Oleh itu, pastikan anda kurangkan pengambilan garam dalam makanan harian dan mula mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

3. Bersenam

Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga hari seminggu adalah sangat penting bagi menjaga kesihatan diri terutamanya bagi mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Senaman juga dapat mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung anda, di mana kedua-duanya penting untuk mencegah kerosakan buah pinggang.

Selain itu, senaman boleh membantu membakar kalori bagi mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti disamping mengelakkan risiko penyakit buah pinggang.

4. Elakkan Merokok

Rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang memberi kesan kepada kesihatan badan termasuk buah pinggang. Selain itu, merokok juga boleh merosakkan saluran darah dalam badan dan menyebabkan aliran darah yang lebih perlahan sekaligus mengurangkan fungsi organ penting ini.

5. Makanan Berkhasiat

Makanan memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan tubuh badan kita. Pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.

Alihkan fokus kepada makanan berasaskan bahan-bahan segar yang secara semula jadi mengandungi kandungan natrium rendah, seperti buah beri biru, ikan, bijirin penuh dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Pemakaian Topi Keledar Menyelamatkan Nyawa Penunggang Motosikal

Penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya utama yang terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi. Kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal semakin meningkat kebelakangan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!