Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap dan pam stereng kuasa berfungsi dengan baik. Namun, tahukah anda, terdapat pelbagai jenis bendalir stereng kuasa digunakan berdasarkan jenis kenderaan? Kenali bendalir stereng kuasa dan fungsinya seperti berikut:

1. Bendalir Penghantaran Automatik

Bendalir penghantaran automatik atau lebih dikenali sebagai automatic transmission fluid (ATF) adalah pelincir transmisi yang digunakan untuk melicinkan pelbagai bahagian dalam sistem transmisi kenderaan. ATF juga boleh digunakan dalam beberapa sistem stereng kuasa untuk melancarkan pergerakan stereng kuasa. Terdapat beberapa jenis warna bendalir penghantaran automatik seperti hijau, kelabu, perang, ungu atau merah yang boleh digunakan bergantung kepada keperluan kenderaan anda.

2. Bendalir Stereng Kuasa Sintetik

Bendalir stereng kuasa sintetik digunakan pada kebanyakkan kenderaan baharu kerana ia mempunyai takat tuang lebih rendah yang meningkatkan tindak balas stereng awal dan memberikan pelinciran yang lebih baik. Selain itu, ia juga mempunyai mengurangkan kehausan dalam pam stereng kuasa. Bendalir stereng kuasa sintetik mempunyai kelikatan dinamik yang lebih baik untuk pengepaman yang lebih mudah melalui sistem kenderaan.

3. Bendalir Stereng Kuasa Mineral Bukan Sintetik

Bendalir stereng kuasa mineral bukan sintetik boleh digunakan sebagai penggantian cecair transmisi automatik. Ia adalah cecair hidraulik serba guna yang dihasilkan untuk sistem hidraulik. Bendalir jenis ini juga membantu sistem stereng gandar belakang, kawalan aras, suspensi hidro-pneumatik, penyerap hentakan dan stereng kuasa untuk berfungsi dengan lebih baik.

Cecair stereng kuasa mineral bukan sintetik yang biasanya berwarna hijau mempunyai kestabilan haba yang tinggi dan menyediakan pengoksidaan. Selain itu, ia juga memberikan perlindungan terhadap kakisan, haus dan lusuh serta meningkatkan jangka hayat komponen dalaman stereng. Penggunaan bendalir ini juga memudahkan pergerakan stereng pada suhu yang lebih rendah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!