5 Mitos Sarapan Tidak Sihat Yang Perlu Anda Ketahui

Sarapan adalah sajian penting yang perlu diambil setiap pagi supaya dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk kekal cergas dan produktif. Pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan dapat memberikan bekalan tenaga yang mencukupi. Namun, ramai yang tidak mengambil sarapan yang berkhasiat kerana mempercayai mitos-mitos tidak sihat berkaitan sarapan:-

ns-biasa

1. Nasi Lemak

Nasi lemak adalah makanan terkenal di Malaysia yang boleh dimakan pada bila-bila masa kerana keenakan yang tidak terhingga. Ramai tersalah sangka terhadap makanan lengkap ini kerana kandungan lemak yang tinggi. Namun tahukah anda, ia adalah makanan yang kaya dengan sumber nutrien lengkap?

Makanan ruji Malaysia ini yang dihidangkan dengan nasi yang secukupnya, ikan bilis, telur rebus, kacang tanah dan timun mempunyai kandungan karbohidrat, protein, lemak dan mineral yang seimbang.

Anda juga boleh menambah sumber protein tambahan dengan seperti ayam, daging atau kerang. Pastikan anda memilih kuantiti yang betul iaitu nasi separuh, telur rebus berbanding telur goreng dan seketul ayam bagi mendapatkan nutrisi yang secukupnya.

deepal-tamang-5oF7d_hPJG4-unsplash

2. Thosai

Thosai adalah makanan tradisional yang amat kaya dengan kandungan karbohidrat dan protein. Ia biasanya dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan seperti kuah dhal, ayam, ikan dan sebagainya. Disediakan dengan minyak yang minimum, thosai merupakan sumber protein yang baik kerana ia diperbuat daripada beras, kacang dal hitam dan rempah ratus lain.

Tekstur thosai sangat ringan dan mudah mengenyangkan. Terdapat juga variasi thosai lain seperti telur, keju, kentang dan lain-lain yang enak dan berkhasiat untuk makan sebagai menu sarapan anda.

Resepi Che Nom
Sumber : Resepi Che Nom

3. Bihun Sup

Bihun sup adalah pakej makanan lengkap dengan kandungan kalori rendah berbanding dengan mee goreng atau makanan goreng lain. Walau bagaimanapun, kelemahannya ialah sup disediakan dengan kiub stok yang mempunyai kandungan natrium yang tinggi di mana ia boleh meningkatkan risiko hipertensi. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyediakan bihun sup sendiri atau elakkan minum sup jika anda bersarapan di luar.

Resepi Che Nom 1
Sumber : Resepi Che Nom

4. Nasi Dagang

Nasi dagang mengandungi tiga makronutrien yang diperlukan oleh badan anda termasuk karbohidrat, protein dan lemak. Karbohidrat daripada nasi, protein tanpa lemak daripada ikan dan telur, serta serat daripada sayur-sayuran jeruk membantu anda berasa lebih kenyang bagi tempoh masa lama.

viraj-sawant-EGNB5qZfscw-unsplash

5. Capati

Capati adalah hidangan sihat yang disediakan tanpa menggunakan banyak minyak berbanding penyediaan roti canai. Capati diperbuat daripada tepung atta yang mudah mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya yang tinggi. Secara dasarnya, setiap hidangan capati mengandungi 80 kalori, 15 gram karbohidrat dan 3 gram protein serta sedikit lemak. Anda boleh makan capati bersama dhal berbanding kari ayam atau ikan kerana dhal mempunyai kandungan lemak rendah, protein tinggi dan juga kaya dengan serat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!