Tanda-Tanda Kerosakan Transmisi

Sistem transmisi kenderaan memerlukan penjagaan bagi memastikan kelancaran enjin. Ramai tidak mengendahkan penjagaan sistem transmisi sehingga berlakunya kerosakan pada situasi tidak terduga. Antara tanda-tanda kerosakan transmisi yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

1. Warna Minyak Transmisi Semakin Gelap

Setiap pelincir dalam kenderaan akan menjadi kotor selepas penggunaan yang lama termasuk minyak transmisi. Biasanya, penukaran minyak transmisi yang dicadangkan adalah pada setiap 60,000km.

Pengumpulan kotoran, enapan dan serpihan besi akan menyebabkan minyak transmisi mudah kotor hingga bertukar menjadi warna kehitaman atau perang. Jika warna minyak transmisi kelihatan lebih gelap, ini boleh menyebabkan kenderaan tersentak. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis bertauliah untuk pembaikan selanjutnya.

2. Berbunyi Semasa Menukar Gear

Bunyi bising seperti bunyi berdengung atau hentakan semasa menukar gear adalah tanda transmisi kenderaan anda rosak dan perlu diselenggara. Hal ini berlaku kerana masalah di kotak gear yang disebabkan oleh paras minyak transmisi yang rendah atau jenis minyak transmisi yang digunkan tidak bersesuaian dengan kenderaan anda.

3. Kesukaran Menukar Gear

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut semasa menukar gear, kenderaan anda mungkin mengalami masalah transmisi yang memerlukan penyelenggaraan:

● Kesukaran menukar gear
● Kenderaan tersentak semasa menukar gear
● Bacaan RPM menjadi tinggi dan tidak kembali ke bacaan asal walaupun gear telah bertukar

Sekiranaya kenderaan anda mempunyai transmission control unit (TCU), maka penukaran gear yang tidak menentu atau sebarang masalah transmisi lain juga berkemungkinan berlaku disebabkan oleh sensor atau solenoid syif yang tidak berfungsi dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!