Punca Pengeluaran Asap Hitam Dari Ekzos

Pengeluaran asap hitam dari ekzos kenderaan adalah salah satu tanda sistem ekzos mengalami kerosakan yang memerlukan pembaikan segera. Ramai pengguna kenderaan mengabaikan tanda awal ini hingga berlaku kerosakan lebih teruk pada waktu yang tidak dijangka. Ketahui antara punca-punca pengeluaran asap hitam dari ekzos kenderaan anda:

1. Penapis Udara Yang Kotor

Penapis udara berfungsi menyalurkan udara yang bersih ke ruang enjin. Ia juga menapis habuk, debu, serpihan kecil, debunga dan lain-lain kotoran daripada memasuki sistem udara menerusi sistem pendingin hawa.

Habuk dan kotoran akan menyebabkan penapis udara tersumbat dan menjejaskan pengaliran udara yang mencukupi untuk enjin. Apabila kurangnya udara sampai ke silinder enjin, lebih banyak bahan api terbakar. Ini boleh menjadi punca utama berlakunya pelepasan asap hitam yang berlebihan dari ekzos.

2. Kerosakan Sensor Oksigen

Sensor oksigen adalah antara komponen penting dalam sistem ekzos kenderaan yang memberi input kepada sistem elektronik pengurusan enjin. Ia dihasilkan untuk memantau jumlah kandungan oksigen yang berada dalam ekzos kenderaan. Sensor oksigen membantu mengukur tahap kecekapan pembakaran bahan api dan memastikan penukar bermangkin (catalytic converter) beroperasi dengan baik.

Oleh itu, sekiranya sensor oksigen rosak ia akan menyebabkan enjin kenderaan membakar lebih banyak bahan api. Hal ini menyebabkan proses pembakaran tidak lengkap hingga berlaku pengeluaran asap hitam daripada ekzos kenderaan.

3. Kerosakan Gelang Omboh

Gelang omboh atau lebih dikenali sebagai piston ring berfungsi menghalang minyak enjin daripada memasuki ruang pembakaran. Gelang omboh yang haus atau telah mengalami regangan yang berlebihan akan menyebabkan wujudnya ruang di antara gelang omboh dan dinding silinder blok hingga menyebabkan minyak enjin memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama bahan api.

Hal ini akan menyebabkan pengeluaran asap hitam dari ekzos kenderaan anda. Lakukan penggantian segera di pusat servis bertauliah bagi mengelakkan berlakunya kerosakan lain.

4. Kebocoran Penyuntik Bahan Api

Penyuntik bahan api di kepala blok enjin memastikan bahan api mengalir terus ke kepala silinder. Namun, penyuntik bahan api yang rosak atau bocor akan mengakibatkan pembakaran bahan api yang tidak diperlukan berlaku. Hal ini menyebabkan pengumpulan karbon dalam enjin hingga mengeluarkannya sebagai asap hitam dari ekzos kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!