Makanan Berkhasiat Membantu Tidur Lebih Lena

Tidur yang secukupnya di waktu malam adalah perkara yang sangat penting untuk kesihatan individu. Tidur yang berkualiti sangat perlu bagi mengecas semula tenaga untuk kekal cergas pada keesokan harinya. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk membantu anda tidur dengan lebih baik, diet harian juga mempengaruhi kualiti tidur anda. Antara makanan dan minuman yang boleh membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena.

pexels-marianna-ole-764925

1. Salad

Daun salad adalah antara makanan yang memudahkan anda untuk tidur terutamanya salad Rom. Ini kerana ianya mengandungi fitonutrien iaitu lactucarium yang dipercayai membantu individu untuk tidur lebih lena. Ia juga membantu melegakan kesakitan dan menenangkan minda. Anda boleh makan salad sebagai snek malam atau sebagai makan malam bersama buahan-buahan sebagai pemangkin tidur anda.

pexels-dana-tentis-725991

2. Ikan

Lemak ikan terutamanya daripada ikan jenis salmon, tuna, trout dan ikan kembung adalah sangat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi kadar asid lemak omega-3 yang tinggi yang membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kualiti tidur dengan penghasilan serotonin.

Serotonin adalah sejenis bahan kimia yang terhasil dalam otak untuk menggalakkan tubuh badan dan minda berehat. Nikmati ikan sebagai makanan malam anda untuk tidur yang berkualiti.

pexels-jane-doan-1149021

3. Ceri

Sekiranya anda mengalami masalah insomnia, maka buah ceri boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Ceri adalah sumber semula jadi melatonin yang mampu meningkatkan kualiti tidur anda. Anda boleh makan buah ini atau menikmatinya dalam bentuk jus bagi membantu mengawal kitaran tidur.

pexels-mareefe-1638280

4. Teh Chamomile

Teh bunga chamomile adalah minuman popular yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana ianya mengandungi banyak vitamin dan mineral termasuklah potassium, magnesium, kalsium, sodium, thiamin, riboflavin dan vitamin A.

Secawan teh chamomile panas mampu memperbaiki kualiti tidur dan membantu anda bangun dalam keadaan lebih segar. Ini kerana ia mengandungi apigenin iaitu antioksidan yang menggalakkan rasa mengantuk dan mengurangkan insomnia.

kim-gorga-p3ViLmVgVJ4-unsplash

5. Susu

Meminum susu sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur anda. Ini adalah kerana susu mengandungi tryptophan yang dapat membuat tubuh kita menjadi lebih rehat dan tenang untuk mendapatkan tidur yang lena. Oleh itu, amalkan rutin minum segelas susu sebelum tidur supaya anda mendapat rehat yang secukupnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!