5 Tempat Pelancongan Unik di Taiping Bandar Warisan

Taiping yang terletak di negeri Perak mempunyai keunikan tersendiri sehingga ia diisytiharkan sebagai Bandar Warisan, sekali gus memartabatkan Taiping sebagai destinasi pelancongan warisan. Terdapat banyak lokasi unik, popular dan bersejarah yang boleh dikunjungi seperti berikut:

Zoo Taiping & Night Safari 2
Sumber : Facebook Zoo Taiping & Night Safari

1. Zoo Taiping

Salah satu tempat popular yang wajib dikunjungi jika melawat Taiping adalah Zoo Taiping yang mempunyai keluasan 30 ekar di Taman Tasik Taiping. Terdapat lebih 1,300 jenis haiwan yang bergerak bebas di dalam habitat semula jadi yang disediakan.

Zoo Taiping & Night Safari 1
Sumber : Facebook Zoo Taiping & Night Safari

Bukan sekadar lawatan waktu siang, ‘night safari’ juga dibuka bagi membolehkan pengunjung melihat aktiviti-aktiviti haiwan yang kebiasaannya bersifat lebih aktif pada waktu malam. Menarik bukan? Zoo Taiping ini sememangnya sangat sesuai bagi pencinta haiwan yang ingin mempelajari lebih banyak tentang sifat dan suasana persekitaran sebenar habitat haiwan.

Majlis Perbandaran Taiping
Sumber : Facebook Majlis Perbandaran Taiping

2. Taman Tasik Taiping

Jika anda merancang percutian ke destinasi yang menyediakan pemandangan alam sekitar yang menakjubkan, Taman Tasik Taiping adalah tempat yang sesuai untuk anda.

IMG_6942
Sumber : tulippetals

Taman Tasik Taiping atau lebih dikenali sebagai Lake Garden merupakan lokasi yang sesuai untuk berkelah dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti mengayuh basikal, menaiki bot, berjoging serta bersantai-santai di sekitar tasik ini.

travetopia
Sumber : travetopia

3. Menara Jam Besar

Menara Jam Besar Taiping adalah menara jam pertama yang dibina di Malaysia. Ia adalah mercu tanda ikonik yang menjadi salah satu tarikan pelancong. Struktur asalnya dibina pada tahun 1881 menggunakan bahan kayu yang kemudiannya dibina semula menggunakan bahan batu pada tahun 1891. Sekitar tahun 1908 hingga 1950, bangunan ini dijadikan sebagai ‘Town Police Station’ dan juga Balai Bomba. Bangunan bersejarah yang istimewa ini menjadi tempat yang wajib disinggahi terutama bagi yang aktif memuat naik aktiviti di media sosial.

Tik Toast Cafe
Sumber : Facebook Tik Toast Cafe

4. Kafe Tik Toast

Setelah penat melancong di Taiping, anda bolehlah berehat seketika sambil menjamu selera di salah satu kafe yang tular iaitu Kafe Tik Toast. Kafe ini menawarkan lebih 15 jenis sandwich lazat dengan harga yang berpatutan.

Tik Toast Cafe 1
Sumber : Facebook Tik Toast Cafe

Double egg toast, double ham toast, tuna toast, fish fillet toast dan bermacam-macam lagi boleh dinikmati di sini. Uniknya kafe ini adalah kerana pelanggan boleh memilih jenis roti (putih, charcoal atau oatmeal) serta sos berdasarkan cita rasa masing-masing. Tunggu apa lagi, pastikan anda singgah di kafe ini sekiranya mengunjungi Taiping.

pinterest
Sumber : pinterest

5. Bukit Larut

Bukit Larut adalah antara destinasi pelancongan tanah tinggi yang menarik di Malaysia kerana udara segar dan pemandangan alam semula jadi yang menyenangkan. Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, ia merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Destinasi Percutian
Sumber : Destinasi Percutian

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mendaki, menikmati kedinginan gunung, melihat burung-burung atau melawat bangunan bekas tinggalan British.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!