Tanda Distributor Kenderaan Rosak

Distributor atau pengagih adalah salah satu komponen yang mengalirkan voltan tinggi dari koil cucuh atau ignition coil ke palam pencucuh di setiap silinder enjin. Komponen ini memainkan peranan penting untuk menghidupkan enjin kenderaan. Oleh itu, ketahui antara tanda kerosakan distributor seperti berikut:

1. Enjin Sukar Dihidupkan

Enjin sukar dihidupkan adalah tanda distributor kenderaan mengalami kerosakan. Apabila campuran bahan api memasuki enjin, palam pencucuh menggunakan arus elektrik untuk membakar campuran bahan api dan memulakan tindak balas pembakaran yang membolehkan kenderaan anda bergerak.

Jika distributor tidak berfungsi, palam pencucuh tidak akan menerima arus elektrik yang diperlukan untuk menyalakan campuran bahan api. Hal ini yang menyebabkan enjin sukar untuk dihidupkan. Walau bagaimanapun, terdapat kerosakan komponen lain juga yang boleh menyebabkan kesukaran menghidupkan kenderaan seperti pam bahan api, suis pencucuhan, penyuntik bahan api, alternator, palam pencucuh dan lain-lain komponen.

2. Bunyi Enjin

Bunyi bising pada enjin adalah salah satu tanda distributor mempunyai masalah yang perlu diberi perhatian. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik apabila menghidupkan enjin, ini mungkin disebabkan kerosakan pada distributor. Hal ini berlaku kerana serpihan dan sisa gris menyumbat pengedar distributor dan menghalang ianya daripada berfungsi dengan optimum dan menghalang galas daripada berputar. Lakukan pemeriksaan segera di pusat servis berdekatan bagi mengenal pasti masalah sebenar dan membaikinya secepat mungkin.

3. Kenderaan Bergegar

Gegaran boleh berlaku disebabkan beberapa masalah pada komponen kenderaan anda terutamanya tayar dan suspensi kenderaan. Ia juga merupakan simptom pengedar distributor yang rosak kerana pengumpulan kotoran telah menjejaskan cara pemutaran sehingga menyebabkan kenderaan anda bergegar semasa memandu. Pastikan anda awasi tanda gegaran dan lakukan pemeriksaan lanjut di pusat servis.

4. Lampu Amaran Enjin Menyala

Lampu amaran enjin ‘check engine’ menyala pada papan pemuka kenderaan apabila komputer dalaman mengesan permasalahan pada enjin kenderaan. Distributor yang mengalami kerosakan akan menyebabkan masalah dengan penyalaan bahan api dalam enjin. Hal ini akan menyebabkan lampu amaran enjin menyala untuk menunjukkan terdapat masalah pada sistem enjin yang memerlukan penyelenggaraan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!