Punca Tayar Kenderaan Pancit

Penjagaan tayar kenderaan sangat penting bagi memastikan tidak berlaku kerosakan ketika dalam perjalanan. Walaupun dijaga dengan baik, tayar kenderaan mudah pancit disebabkan oleh faktor keadaan jalan. Disenaraikan beberapa punca tayar pancit yang perlu diketahui oleh anda agar dapat mengambil langkah sepatutnya.

1. Objek Tajam

Terdapat pelbagai jenis objek di jalan raya yang tidak boleh dilihat melalui mata kasar terutamanya apabila memandu. Salah satu punca utama tayar pancit adalah disebabkan tertusuk objek tajam seperti paku, skru, kaca atau serpihan tajam yang lain. Pastikan anda lakukan pemeriksaan berkala terhadap keadaan tayar kenderaan bagi memastikan tiada barang tajam yang tertusuk dan menyebabkan kerosakan di tengah jalan.

2. Lalu Jalan Berlubang

Melalui jalan berlubang secara kerap juga akan menyebabkan tayar mudah pancit atau meletup. Hal ini kerana impak dan tekanan perlanggaran boleh menyebabkan dawai dalam dinding dan permukaan tayar pecah hingga menjadi punca tayar pancit atau meletup. Semakin teruk keadaan jalan raya, semakin tinggi peluang tayar kenderaan rosak dengan cepat. Elakkan melalui jalan berlubang bagi memastikan komponen kenderaan berada dalam keadaan baik.

3. Kebocoran Batang Injap

Sekiranya tayar kenderaan tidak mempunyai tanda-tanda pancit yang jelas, lakukan pemeriksaan pada batang injap untuk memastikan ia tidak bocor. Batang injap yang bocor dan rosak boleh menyebabkan tayar kenderaan anda pancit. Lakukan pemeriksaan berkala pada penutup dan batang injap agar tidak berlaku kehilangan udara tanpa disedari.

4. Kekurangan Tekanan Udara

Bagi memastikan perjalanan yang selamat, adalah penting untuk mempunyai tahap tekanan udara yang optimum pada tayar kenderaan anda. Kekurangan tekanan udara adalah disebabkan oleh molekul yang boleh menembusi getah setelah diresapi. Kekurangan tekanan udara tayar juga boleh berlaku pada tayar telah melebihi jangka hayat kerana kadar penembusan molekul sudah meningkat. Oleh itu, pastikan anda periksa keadaan tekanan udara tayar kenderaan anda sebelum memulakan pemanduan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!