Taman Tema Menarik di Malaysia

Di musim panas ini, memang seronok kalau bercuti di kawasan perairan seperti air terjun, pantai, kolam renang dan pulau. Ia lebih menarik jika anda dapat melakukan aktiviti mencabar seperti di taman tema. Disenaraikan beberapa lokasi mandi-manda ‘hot spot’ yang boleh anda kunjungi bagi menikmati percutian yang lebih menarik:

Wet World Water Parks
Sumber : Facebook Wet World Water Parks

1. Wet World Shah Alam

Wet World Shah Alam yang terletak di Seksyen 14 adalah lokasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah. Persekitaran yang moden dan selamat dilengkapi dengan pelbagai jenis aktiviti air pasti mengisi masa anda dengan lebih mencabar.

Wet World Water Parks 1
Sumber : Facebook Wet World Water Parks

Selain itu, taman tema ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan pelbagai jenis acara seperti majlis berkumpulan, acara korporat, karnival, parti, hari keluarga, lawatan sekolah dan sebagainya kerana ia dilengkapi dengan ruang yang besar.

Sunway Lagoon 1
Sumber : Facebook Sunway Lagoon

2. Sunway Lagoon

Tempat termasyhur bagi aktiviti air di Lembah Klang adalah Sunway Lagoon. Terkenal bagi pelbagai jenis permainan tema air yang eksklusif, dan berjaya menarik perhatian pengunjung terutamanya di waktu cuti persekolahan.

Sunway Lagoon
Sumber : Facebook Sunway Lagoon

Antara tarikan ‘water park’ yang dapat anda sekeluarga nikmati di sini adalah Wave Pool, Waterplexx 5D, Vuvuzela, Congo Challenge, Giant Tipping Bucket, Kalahari Kids, Lake Kariba, Surf Beach dan banyak lagi. Jangan lupa untuk menaiki gelongsor air tertinggi di dunia iaitu Vuvuzelanya.

Sunway Lagoon 2
Sumber : Facebook Sunway Lagoon

Terdapat juga aktiviti menarik lain seperti WildLife Park, Scream Park, X Park dan Amusement Park yang sesuai untuk seisi keluarga anda.

Splashmania fb
Sumber : Facebook Splashmania

3. Splashmania Gamuda Cove

Splashmania Waterpark Gamuda Cove yang baru dibuka ini mendapat sambutan hangat pengunjung sejak mula beroperasi. Terdapat 24 gelongsor air dan 15 tarikan utama yang sesuai bagi kanak-kanak hinggalah dewasa. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah Titanic Experience, Amazonia, Surf Mania, gelongsor air, Swaggy’s Cliff, Mini Mania dan sebagainya.

Splashmania fb1
Sumber : Facebook Splashmania

Anda boleh membeli tiket lebih awal melalui platform tempahan aplikasi atau menerusi laman web rasminya. Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan tiket anda dan nikmati percutian hujung minggu yang lebih menarik di sini.

Escape Theme Park, Penang
Sumber : Facebook Escape Theme Park, Penang

4. Escape Pulau Pinang

Escape Pulau Pinang adalah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai tarikan yang menyeronokkan dan mencabar. Terletak di tengah-tengah keindahan alam semula jadi, taman tema air ini menawarkan hampir 30 aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan taulan.

Escape Theme Park, Penang 1
Sumber : Facebook Escape Theme Park, Penang

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah tali tinggi, zip line, gelongsor, banana flip, chairlift, menara mendaki disamping aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Anda juga boleh melakukan aktiviti hari keluarga, team building, sambutan hari jadi, khemah induk dan lawatan sekolah.

Sunway Lost World Of Tambun
Sumber : Facebook Sunway Lost World Of Tambun

5. Taman Tema Lost World Of Tambun

Lost World of Tambun adalah taman tema yang dikelilingi dengan hutan tropika yang subur, mata air panas semula jadi dan batu kapur yang berusia lebih 400 juta tahun.

Sunway Lost World Of Tambun 2
Sumber : Facebook Sunway Lost World Of Tambun

Taman ini akan memberi anda pengalaman yang menyeronokkan tanpa mengira usia kerana ia mempunyai 7 tarikan menakjubkan yang boleh dinikmati sepanjang hari. Selain itu, Lost World of Tambun ini menjadi satu-satunya taman tema di Asia Tenggara yang mempunyai mata air panas semula jadi di samping pelbagai tarikan lain yang menakjubkan.

Sunway Lost World Of Tambun 1
Sumber : Facebook Sunway Lost World Of Tambun

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!